Sebut sahaja hubungan intim, di fikiran sudah membayangkan sebuah kamar tidur yang dibayangi sinaran rembulan.Cukup romantis dan mempesonakan.Kerana itu tidak hairanlah kebanyakkan pasangan gemar memilih waktu tersebut untuk berasmara.
Hakikatnya,seks
tidak diwajib dilakukan sebaik melabuhkan tirainya bahkan boleh
dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada pagi,tengah hari ataupun
petang.Bagaimanpun,terdapat kajian menunjukkan seks dilakukan pada
waktu-waktu berbeza mempunyai kelebihan dan kekurangannya.
Tengah hari - panas dan terang
Tengah
hari sering dijadikan waktu berehat setelah penat melakukan kerja dari
pagi.Sama ada dipejabat mahupun di rumah,waktu berkenaan selesa dipilih
bagi melepaskan lelah seketika.
Bagaimanapun,untuk
berasmara pada waktu tersebut mungkin tidak selesa kerana cuaca yang
panas dan keadaan yang terang sekali gus membuatkan mood romantik yang
diinginkan terbantut.
Apalagi
untuk menghidupkan rangsangan seksual,sudah tentu mustahil.Ditambah
pula setelah selesai ejakulasi,pasangan tentunya berasa lebih penat dan
akhirnya tertidur.Secara tidak langsung,ia benar-benar mengganggu dan
menjejaskan produktiviti kerja.
Malam-lebih sensasi romantik
Sejuk,selesa,tenang
dan romantis.Mungkin itulah gambaran yang sesuai diberikan saat
melakukan hubungan diwaktu malam.Satu bonus sekiranya kediaman anda
terletak jauh dari kesibukkan kota sambil di keliling bukit bakau yang
menghijau.
Berduaan
dalam kamar peraduan pasti membibitkan rangsangan seksual biarpun
dengan sentuhan yang tidak disengajakan.Mungkin kerana ini rata-rata
pasangan gemar memilih waktu malam sebagai saksi cinta mereka.
Lazimnya,setelah
penat beradu kekuatan hormon adrnalin yang dikeluarkan membuatkan suami
isteri keletihan dan mengantuk.Sekiranya terlena di ketika ini,tentunya
mimpi yang dialami lebih indah dan meyeronokkkan disebabkan waktu yang
dipilih amat sesuai untuk beristirahat.
Pagi-segar dan tenaga
Nyenyak
beradu semalaman,tubuh pastinya lebih segar dan bertenaga saat bangun
pada waktu pagi.Tentunya keadaan sebegini mendorong anda melakukan
hubungan intim bersama pasangan dalam suasana yang sejuk dan sunyi.
Kebiasaannya,lelaki
masih menyimpan sisa eraksi yang berlaku secara spontan ketika tidur
malam tadi.Dari situlah ia merangsang sekaligus membangkitkan
keghairahan untuk melakukan hubungan seksual.
Bagaimanapun,kesibukan
bersiap ke pejabat sedikit sebanyak menggangu kelancaran aktiviti
tersebut.Mungkin,jika berlangsung sekalipun ia sedikit sebanyak
mencetuskan rasa kurang selesa dan tergesa-gesa.
0 comments:
Post a Comment