Mengapa
anda tidak percaya pada cinta? Mungkin kerana hanya anda dicurangi?
Hanya kerana anda dikecewakan berkali-kali? Hanya kerana andatelah
gagal dan gagal lagi?
Anda harus percaya kecurangan yang berlaku, kekecewaan yang ditempuhi, dan kegagalan yang anda alami, BUKAN salah bukan, BUKAN sebab anda setia kepada dia, BUKAN juga sebab anda percaya pada cinta. TETAPI, itu menunjukkan yang Tuhan amat sayangkan anda!
Tuhan
membenarkan anda dikecewakan kerana Dia mahu anda mengenali lebih lagi
tentang kehidupan dan orang-orang yang tidak baik untuk anda. Malah,
Tuhan mahu kita lebih bijak membuat keputusan dan terus berusaha lebih
gigih dengan harapan apabila kita benar-benar menemui kekasih sejati,
cinta yang suci, kita benar-benar menghargainya!
Mungkin
sekarang anda baru bercinta, kemudian ada pelbagai halangan… kemudian
break-off. Lepas tu anda couple lagi…mula-mula, masing-masing sayang
giler, cintan habis. Tapi later on, berubah hati pulak…
Adakah itu penyebab kita tidak percaya lagi dengan cinta?
Cinta bukanlah penyebab kepada
perubahan itu.. Kerana cinta yang sebenar-benarnya cinta tidak
mengkehendaki perpisahan, sebaliknya kemesraan. Jika benar dia cinta,
dia takkan sanggup berpisah atau mengecewakan orang yang dia cintai,
jelaslah… dia hanya seorang yang suka mempermainkan perasaan orang.
Sebenarnya anda belum menemui CINTA anda!
Perhubungan cinta ini adalah satu
proses yang tidak akan berakhir! Orang akan bercinta, dan terus akan
bercinta… orang kahwin, boleh bercerai dan kahwin lagi… ia adalah suatu
proses kitaran yang sentiasa akan berterus. Bukan hari ini bercinta,
esok dah kahwin…settled! CINTA tidak semudah itu.. tidak semudah A.B.C..
Mana ada CINTA yang macam tu …CINTA adalah satu usaha yang tidak ada
penamatnya.
Jika
sudah menemui cinta, kita kena tambahkan lagi cinta itu agar kita terus
bahagia bersama. Sekuruang-kurangnya, kalau tak nak tambah pun maintain
kestabilan percintaan anda itu… dan selalulah memikirkan bahawa dia
adalah CINTA anda,
Apabila
dia percaya pada kamu adalah CINTA. dia akan terus mengorat, memikat,
menackle, bergurau senda, bermesra, usik-mengusik, berasmarada selalu
dengan kamu, itu barulah bahagia dan kekal selamanya hubungan percintaan
yang dibina..
Jangan biarkan cinta itu kehambaran sebelum waktunya.
Untuk
memiliki seseorang yang mempunyai kesemua sifat sebegitu… kita kena
bersama dengan “BL. "BL" ialah "Believe in Love"... kita kena bersama
dengan orang yang Believe in Love! Barulah kita akan menemui CINTA..
Seseorang
yang sangat mempercayai pada cinta dan amat menghormati cinta itu, dia
pastinya adalah orang yang juga menghormati dan teramat mencintai
pasangannya.
Mulai
dari hari ini, sebelum anda berkenalan dengan lebih mendalam dengan
sesiapa yang berpotensi itu, minta dia jawab dengan seikhlasnya, soalan
paling penting, “I believe in love…do you?”
0 comments:
Post a Comment