1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2.
Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,
tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman dibibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun,
luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau
sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang
seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan
perbualan di telefon dan sebelum tidur .
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan
tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika
pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku
sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat
dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang
pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun
apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton
rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana
apa yang penting anda berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur
walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah
salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan
semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan
atau minuman bekas suami
13. Sesekali buatlah kejutan seperti
membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam
yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat
penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang
membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan
masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang
berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk
menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana
fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah
dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai
titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Selamat mencuba bagi yg x pernah praktik kan tu..kalau yg dah mmg sedang praktikkan
tu teruskan dan semoga ikatan suami isteri akan lebih manis lagi...insyallah....kekal bahagia ke usia tua...
Wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment