Sebaik
sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang.
Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan
menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan
adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala.
Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali
pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk
semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan
melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia
janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda
percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.
Dia
terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda
mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi
melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling
minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu
anda koyak.
Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia
merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata
anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu
dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut
dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan
tidak lagi merasakan apa-apa.
Beberapa
ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia
mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia
menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah
antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda
hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan
senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor
kerana mencabut gigi anda.
0 comments:
Post a Comment