Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan senarai ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang... menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.. untuk pedoman bersama :)
- Orang
yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia
mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu
satu-satunya.
- Walaupun
kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
- Orang
yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan
matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat
badan kamu sudah bertambah.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
- Orang
yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi',
'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi,
walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu
lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan
"aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
- Jika
kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang
kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan
selamat atau mengirim SMS.
- Orang
yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia
lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah
melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan
saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh
berulang selalu.
- Orang
yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu
ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa
banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya
kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
- Orang
yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,
bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa
kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati
kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
- Kalau
kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau
batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk
bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli
tentang kamu.
- Jika
kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian
itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good
luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
- Orang
yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin
buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu
sangat istimewa.
- Orang
yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di
telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu
dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
- Jika
suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh
membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
- Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
- Orang
yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti
menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di
tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang
memikirkan kamu.
- Orang
yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan
hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan
tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan
melakukannya lagi.
- Jika
kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu
dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan
dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah
mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan
mu.
- Kalau
kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian
besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu
kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan
surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi
benda-benda berharga buatnya.
- Dan
jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya.
- Jika
suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan
ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain,
dia sentiasa menunggu kamu.
- Orang
yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab
dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak
mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia
pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu
cinta.
"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"
0 comments:
Post a Comment