Salam buat semua. Mesti kawan-kawan sekarang sedang sibuk mengulang kaji pelajaran. Al-maklumlah, "final year exam" semakin hampir. Dengan usaha yang telah kita usahakan, insya Allah tuhan akan memberi kejayaan kepada kita. Tapi, kawan-kawan jangan pula lupa untuk berdoa kepada-Nya. Bak kata orang, usaha sahaja tidak memadai, disamping usaha, kita perlu berdoa dan akhir sekali kita mesti tawakal atas apa y telah kita lakukan. Kali ni, aku ingin kongsikan sedikit doa-doa yang aku amalkan untuk menghadapi musim peperiksaan. Smoga ianya berguna juga buat kawan2 sekalian... ^_^
- Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya:
“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para
rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan
zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya
Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
- Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya:
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal
kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya.
Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari
PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari
peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
2. Ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya:
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku
tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham
perkataanku.”
3. Ketika sukar menjawab: ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
4. Atau:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً` .
Maksudnya:
“Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau
jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan
kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
5. Jika anda terlupa jawapan:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya:
“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada
keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang
daripadaku
0 comments:
Post a Comment