Ramai wanita menyangka bahawa lelaki sentiasa bersedia atau berkemampuan untuk melakukan hubungan seks. Sangkaan ini berpunca daripada sikap lelaki yang mudah bangkit nafsu syahwatnya dan lelakilah yang biasanya mengajak untuk memulakan acara seks. Sebenarnya tidak ada lelaki yang cukup responsif dan menegang zakarnya dengan cukup melainkan keadaan dirinya bersedia atau syarat untuk meningkatnya ghairah dapat dipenuhi dengan munasabah.
Tindakbalas seksual bagi lelaki nampaknya menurun apabila meningkatnya umur lelaki. Semasa remaja, sistem saraf seksual lelaki amat mudah terangsang, hal-hal yang kecil bisa menyebabkan zakar tegang. Bila lelaki bertambah dewasa mekanisma ketegangan kurang terangsang, ini bersebab dari berbagai perkara.
Untuk membolehkan lelaki bertindakbalas kepada seks dengan baik, syarat-syaratnya adalah sebagaimana berikut:
1- Tidak terlalu letih.
2- Tidak ujud ketidak selesaan fizikal yang berat seperti sakit kepala, ataupun sakit pinggang.
3- Emosi tidak terganggu seperti rasa
bersalah, kecewa, marah, risau atau fikiran kacau atau rasa
rendah diri.
4- Ujudnya dorongan atau minat untuk
melakukan seks. Sepatutnya lelaki bergantung kepada perasaan
sendiri, bukan kepada situasi. Jika isteri mahu jima' dan
suami tidak breezed, suami boleh membantu isteri untuk inzal dengan
cara selain jima'.
5- Berminat dan tertarik kepada pasangan.
6- Tidak ujud perasaan risau mengenai betapa
baguskah dirinya dalam jima' dan apakah perasaan isteri
mengenai dirinya dalam jima'.
7- Tidak ujud tekanan dalam perhubungan (contohnya perselisihan).
8- Ujudnya ransangan mental dan fizikan yang
cukup. Semasa tua, lelaki perlu lebih banyak ransangan
fizikal terhadap zakar.
9- Ujud sekitaran fizikal yang cukup iaitu
tiada gangguan, tidak diketahui atau didengari oleh orang
yang berhampiran, tiada gangguan telefon, atau cuaca tidak
terlalu panas atau sejuk.
10- Tidak meminum arak atau mengambil dadah.
Lelaki yang mempunyai masalah zakar tidak tegang perlu
menjauhi arak dan dadah.
Jenis pekerjaan yang banyak memeras otak dianggap cepat meletihkan mental, begitu juga pejabat yang berhawa dingin cepat meletihkan fizikal. Tidak hairanlah pada zaman ini ramai lelaki yang pulang ke rumah dalam keadaan yang terlalu letih dan mungkin tertidur sebelum menyedari bahawa pada ketika itu isteri sudah memerlukan atau bersedia untuk melakukan hubungan seks. Sebagai isteri, patutlah difahami kedudukan perkara ini dan sebab musababnya.

0 comments:
Post a Comment