Apabila berkata tentang kesihatan tubuh badan, sudah pasti faktor pemakanan dan kekerapan bersenam sering kali terlintas di kotak fikiran kita. Namun begitu, kita mungkin lupa bahawa faktor kebersihan juga merupakan salah satu faktor yang mampu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan kita.
Kali ini, aku ingin kongsikan sedikit informasi berguna kepada semua pembaca blog ini. Tips kali ini adalah berkaitan mengelakkan diri dari terkena sebarang penyakit, Insya Allah.
Berikut ialah cara-cara kebersihan,
mengelakkan penyakit dan seumpamanya yang berkaitan dengan kesihatan
yang dipetik dari amalan Rasulullah SAW dan pengamal perubatan Islam.
1 - Allah tidak menjadikan penyakit melainkan dijadikan-Nya juga
ubatnya, kecuali mati. Firman Allah SWT bahawa siapa yang hidup menurut
petunjuk Al-Qur’an akan lanjut usianya.
2 - Asal segala penyakit ialah makan. Oleh itu, makanlah apabila anda kehendaki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu.
3 - Perut rumah penyakit dan puasa raja segala ubat. Oleh itu, jadikanlah ia kebiasaan anda.
4 - Pada pandangan Allah makanan yang paling baik ialah makanan yang di makan beramai-ramai.
5 - Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan, makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim, makan dengan dua orang lain ialah makan dengan para Nabi a.s.
6 - Biarkan makananmu agak sejuk sebelum memakannya, kerana makanan yang panas itu tidak berkat.
7 - Apabila makan, tanggalkan kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih rehat. Inilah nasihat yang baik.
8 - Ada keberkatan pada makanan ditengah pinggan. Oleh itu,
mulakan makan makanan yang di tepi pinggan dahulu, bukan mula dari
tengah. (Pengertian hadith ini ialah seseorang itu hendaklah jangan
tamak iaitu mementingkan diri sendiri dan hendaklah membenarkan orang
lain sama mendapat berkat, jangan seorang diri saja).
9 - Ada keberkatan dalam tiga perkara: dalam sarapan pagi, dalam roti, dan dalam sup.
10 - Berus gigi dengan ‘miswak’ (berus gigi kayu yang biasanya
dibuat daripada dahan pokok (pokok pelu) selepas makan dan kemudian
berkumur – kumur, kerana kedua – keduanya amalan ini adalah penjaga
gigi.
11 - Gunakan ‘miswak’ kerana amalan ini datang kebersihan, dan kebersihan datang dari iman, dan iman membawa orang itu ke Syurga.
12 - Makanan dalam pinggan itu memohon rahmat bagi orang yang makan hingga habis langsung (iaitu tidak membazir).
13 - Makan bersama barulah bersurai, kerana keberkatan itu ada dalam kumpulan.
14 - Kurang makan kurang dosa.
15 - Mengumpulkan dalam perkara berikut adalah dilarang iaitu
mengumpul gandum, barli, kismis, seko, lemak, madu, lebah, keju, sejenis
pokok yang buahnya berkulit keras dan boleh dimakan (walnut) dan zaitun.
16 - Jangan minum berdiri kecuali orang yang berpenyakit senggal pada pangkal paha (sciatica).
17 - Sarapan pagi waktu fajar (dini hari) ada berkatnya.
18 - Ketika Rasul SAW mikra’j, tidak ada seorang Malaikat pun yang tidak berkata, “Wahai
Muhamad s.a.w beritahu umatmu supaya berbekam". Rawatan yang paling baik
ialah berbekam, ketumbar dan costus (sejenis herba).
19 - Siapa yang sakit 7 hari, maka ia adalah penebus dosa 70 tahun.
20 - Tidak ada sakit seperti sakit dalam mata dan tidak ada kerunsingan kerana berhutang.
21 - Apabila nabi Muhamad s.a.w melawat orang sakit, baginda biasanya berkata: “Hindarlah pedaya iblis, kekuatan itu dengan Allah, sembuh dan disembuhkan, tidak ada yang menyembuhkan melainkan Allah“.
0 comments:
Post a Comment