Bila bersendirian hati sering dilanda sunyi dan sayu, bahkan tidak keruan jadinya. Sepi barangkali menghantui diri apabila terkenangkan seseorang yang pernah menghuni di hati.
Khusus
untuk kekasih, isteri atau suami yang baru ditinggalkan atau yang masih
membujang, kesepian itu sering mengundang perasaan bukan-bukan.
Puas
melakukan sesuatu diharap mampu melupakan hal menyakitkan, pedih yang
masih bersisa di ulu hati dan 1,001 gelodak di jiwa ada kalanya
membuatkan diri hilang fokus dalam pelbagai perkara.
Jika masih sukar menepis rasa sepi, cuba kaji diri untuk melakukan perkara berikut:
Maha Pencipta
Kembalilah
kepada Pencipta. Mohonlah petunjuk daripada-Nya supaya perkara lalu itu
dapat mematangkan diri. Kita juga lebih berhati-hati dalam menjalani
hidup ini dengan lebih tabah dan kuat.
Ingatlah setiap kejadian yang Tuhan cipta mesti bersebab dan jadikan ia sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadap-Nya.
Perbaiki diri
Jangan
sesekali anda berubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih,
tetapi apa yang wajar dilakukan adalah memperbaiki diri daripada
pelbagai aspek misalnya kerjaya dan kewangan serta bina keyakinan diri
yang mantap demi masa depan lebih stabil.
Ketahuilah
apabila anda sudah takluki semua perkara yang dinyatakan dengan keadaan
yang baik, di situ juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai teman
wanita atau lelaki yang suka mengambil kesempatan ke atas diri anda.
Awas!
Bercuti
Semasa
berpasangan, percutian biasanya perkara yang agak merumitkan. Untuk
bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira
seperti cuti tahunan, pakaian pasangan, perbelanjaan dan destinasi.
Semua
ini harus menepati cita rasa anda, pasangan dan anak. Lazimnya, hanya
beberapa hari saja dalam setahun yang sesuai untuk anda berdua atau
anak. Namun, ketahuilah ketika anda berseorangan, bila-bila masa saja
anda boleh pergi bercuti tanpa perlu merujuk sesiapa.
Jumpa kawan
Seperti
kebanyakan lelaki atau wanita, apabila bercinta mereka akan
meninggalkan kawan rapat. Bukan lupa, tetapi tidak cukup masa
sebenarnya. Sekarang waktu paling sesuai untuk anda mengambil peluang
ini menggamit kembali saat bebas ketika bersama mereka.
Sudah
pasti anda tidak akan dikecewakan malah anda juga akan mendapat layanan
mesra daripada mereka kerana mereka sudah lama tidak bersua muka dengan
anda. Tidak percaya? Cubalah!
Bersenam
Ketika
bercinta, tengok wayang, membeli-belah, jalan-jalan, minum dan makan
malam itu antara sebahagian besar yang memenuhi diari kehidupan lalu.
Namun, ketahuilah perkara yang lepas mungkin tidak akan sama dengan
perkara yang sedang anda alami ketika ini.
Apa kata anda lakukan senaman? Ketahuilah ini masanya anda membuang toksik dan lemak yang sudah lama terkumpul di dalam badan.
Aktiviti riadah juga memungkinkan anda berpeluang bertemu dengan wanita atau lelaki yang lebih baik.
Kembali nakal
Zaman
kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan. Bagi orang
dewasa yang sudah melupakan zaman kanak-kanak, kebiasaannya mereka
tidak ceria dan tidak mempunyai nilai jenaka.
Sesetengah
wanita pula tidak suka lelaki yang nakal kerana rasa dirinya tercabar.
Sebab itu ramai lelaki biasanya cuba mengawal perasaan mereka dan
bersifat kaku seketika apabila bersama teman wanita.
Apabila
kembali solo, peluang untuk anda melakukan aktiviti sewaktu bujang dulu
boleh dilakukan. Bagi wanita, apabila keadaan emosi sudah stabil
kembali, kebanyakan mereka suka membeli-belah.
Bermesra bersama keluarga
Hubungan dengan keluarga biasanya tidak seerat dulu lebih-lebih lagi apabila kita sudah berumah tangga atau bersama kekasih.
Keluarga
pula mula jatuh pada ranking kedua manakala pasangan diberi lebih
tumpuan. Ketahui masa yang anda miliki ini elok digunakan sepenuhnya
untuk mengeratkan hubungan anda dan keluarga.
Terokai dunia baru
Elak daripada melakukan aktiviti yang tidak membuka minda. Sebaliknya, terokai dunia baru yang lebih mendamaikan dan bermakna.
Sukarela
Untuk mengurangkan rasa bosan, kunjungi rumah anak yatim, orang tua atau pusat pemulihan untuk melakukan kerja sukarela.
Tempat
sebegini biasanya mampu membuka dimensi baru dalam pemikiran. Malah
anda akan sedar, masalah anda sebenarnya jauh lebih kecil daripada
masalah mereka.
Pandang ke hadapan
Buang
memori bekas pasangan anda jauh daripada fikiran. Berikan perhatian
pada apa yang akan berlaku kemudian misalnya bersama bakal kekasih.
Capai angan-angan dengan usaha gigih bersama keyakinan diri yang tinggi
nice blog..thanks for share
ReplyDelete