Kita
selalunya mengandaikan kekasih yang kita cintai tidak akan berlaku
curang. Namun, tahukah anda sudah lumrah alam manusia menyukai dan
lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada?Orang
yang paling rapat dengan diri kita pun tidak boleh dipercayai
kesetiaannya 100%. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati, tetapi
adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Oleh itu, adalah
disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan kecurangan pasangan.
Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau
sering berlaku:
1-Asyik
resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Selalunya anda dan si
dia menghabiskan waktu yang lama bersama.Tetapi sejak kebelakangan ini,
si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam
tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering
mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana
kononnya ‘ada masalah sikit’. Jika situasi ini sering berlaku, anda
patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan
anda hanya dijadikan spare part!
2-Tiba-tiba
saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.Sedang asyik berdating
dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan
ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya..sakit perut, pening,
lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia
sihat dan tidak menunjukkan tanda- tanda langsung untuk jatuh sakit!
Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang
ke rumah, dia menolak bersungguh- sungguh dan ingin pulang sendirian.
Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri
dari anda dan bersama kekasih lain.
3-Kerap
menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. Jika dulu, si dia ceria
apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan
atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu
alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh
anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia
sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.
4-Menjadi
panas baran dan sering mencari kesilapan anda.Si dia berubah sikap
dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling
kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun
di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak
melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda.Paling
teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau
memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang
tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda
meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda
sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk
mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan
meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya
menyebabkan anda menderita.
5-Tidak
membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.Sudah tabiat
pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya.
Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan
anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama
pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan
berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun,
sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda
patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon
atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan
telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.
6-Tidak
lagi rajin menelefon anda Di awal percintaan, si dia asyik menelefon
anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil
berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum.
Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.Tetapi
sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak
menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan
kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling
popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat
dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada
kepentingan lain.
7-Berubah
sikap dengan ketara Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia
hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia
sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat
begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau
senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia tidak lagi
mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda
seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda
dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah
petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat
dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda
tidak akan dipermain-mainkan!
8-Asyik
lewat ketika temujanji Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu
tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya.
Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan
seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah
terlupa!Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah
selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh
bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi
jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab
yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana
kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu
hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!
9-Menerima
panggilan telefon secara rahsia Sedang makan-makan bersama kekasih
anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak
kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia
menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.Jika sedang duduk, dia akan
bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan
berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika
menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin
kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika
bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan
sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap
anda!
10-Mematikan
telefon bimbit ketika bersama anda Anda pasti hairan sekiranya si dia
asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu
dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya
tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin
diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau
menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali
keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang
tertentu membuat panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin salah satu
petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!
11-Telefon
bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati Ketika anda
cuba menghubunginya,handsetnya sering mati..Jika tidak mati,taliannya
asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam.
Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya
seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti
jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada
telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu
melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia
adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang.Si dia mungkin
sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!
12-Kerap
memberi alasan sibuk dan penat Anda mungkin sudah merancang sesuatu
bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan
tidak dapat bersama anda.Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas
alasan terlalu penat.Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti
menarik di hujung minggu.Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik
sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya.Sekiranya kerjaya si dia
sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat
memahami.Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai
banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga.Anda perlu menyiasat
samada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura
sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda
mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!
13-Sering
tersasul menyebut nama wanita lain Pelik apabila sedang anda
berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama
wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan.
Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang
lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama
itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang
dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya
dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang
memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor
telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di
mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa
pemanggil kerana takut tersilap sebut.Sekiranya anda berhadapan dengan
situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai
banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering
terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara
teman-teman wanitanya yg lain.
14-Sepi
tanpa berita bila berjauhan Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan
anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau
outstation yang lama di tempat yang lain.Anda mempercayai kesetiaannya
tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini
adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia
bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat,
menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali
sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita.Si dia menyepikan diri
dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya
menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu.Petanda
ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan
dengannya.Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika
berada di tempat baru.
15-Ada
kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya Anda tentu bengang
apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita
lain pada tubuhnya.Mungkin si dia tidak sedar kesan-kesan ini tetapi
relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini?
Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri
tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak
diperdayakan.
16-Marah
apabila anda bertanya aktivitinya Sebagai seorang kekasih, sudah pasti
anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya
sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis
dengan rakan-rakannya di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti
anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu
mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan
mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini
akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan
kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui
keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana
tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!
0 comments:
Post a Comment