Kecantikan luaran mahupun dalaman amat penting bagi kita, terumatanya golongan wanita. Sudah pasti, kita mereka tidak mahu kelihatan kusam ketika melakukan aktiviti harian. Terdapat pelbagai cara yang boleh diamalkan bagi mengekalkan keayuan seseorang gadis.
Kali ini, aku ingin kongsikan beberapa tips untuk mengekalkan kecantikan dan keayuan gadis. Semoga artikel ini berguna bagi mereka yang masih tercari-cara tips mengekalkan keayuan...
Menjaga
kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai
bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental.
Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan
secara objektif, jangan banyak angan-angan.
Tidur
awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh.
Jangan tidur siang hari. Menjaga suara. Latih diri ercakap dengan
nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Menjaga
cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang
melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'.
Jangan
gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit
hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan
muka jadi berkerut dan masam. Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa
dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan
buah-buahan segar patut selalu dimakan.
Gunakan
sabun yang tidak merosakkan kulit. Menjaga muka. Tangan perlu
sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan.
Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.
Jangan
banyak berangan. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis.
Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi
sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan
rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut
panjang tapi kemas.
Menjaga
cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan
mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu
besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu
membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah).
Muka elok ditundukkan sedikit. Menjaga gerak-geri.
Bila
duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk
di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan
jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah
lemah-lembut. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh.
Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum
tapi untuk tujuan baik.
Menjaga
mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan
mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi.
Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap
menjeling walaupun kepada buah hati anda.
Menjaga
kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar.
Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin. Menjaga
sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi
dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.
0 comments:
Post a Comment