Seorang
lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa
amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya
diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya
sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada
di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa
depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar
untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya
yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan
bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia
sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah
atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk
mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia
menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap
menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam
perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan
sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan.
Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan
kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam
pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan
berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa
diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat
kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena
serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa
yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang
sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya.
Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana
terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu
tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia
akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin
mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja!
Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya,
apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang
lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan
menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas
menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan
diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan
jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang.
Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh
memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia
menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan
terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat
kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap
wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki
sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test
market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula,
mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang
selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat
! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri
kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita
lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri.
Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain?
Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk
menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain,
tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti!
Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si
dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak
menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama
masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang
dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap
tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan
orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk
bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan
secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang
lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh
isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu
lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih
ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan
dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa
tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu
sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan
diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa
yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman
muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah
sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga
boleh dijadikan panduan pada kita semua… .khususnya wanita.
0 comments:
Post a Comment