Biarpun dianggap sebagai aktiviti penuh kenikmatan buat suami isteri namun tidak dinafikan rasa bosan boleh saja muncul dalam perhubungan seks.Ia boleh berlaku jika acara kamar ini tidak disuntik dengan perubahan.
Jika
ini dirasai maka pasangan harus mengambil inisiatif tertentu kerana
kebosanan yang dirasai boleh saja memberi kesan kepada rumah
tangga.Antaranya adalah terjadinya kecurangan.Oleh itu sebaiknya ia
dicegah sebelum berlaku.Praktikkan tip di bawah ini bagi memastikan
kebosanan seks tidak menjegah di hati anda dan pasangan.
- Sekali seminggu
Seseorang
yang tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang lama boleh
menyebabkan penurunan libido dan kadar testoren semula jadinya.Seks sama
seperti bersenam atau bersukan,jika seseorang sekali berhenti maka
kemungkinan besar ia akan terus menurun.Oleh itu cubalah untuk menyukai
dan melakukannya minimun sekali seminggu secara teratur.
- Terlibat dalam pekerjaan rumah
Wanita
cenderung melakukan hubungan seks apabila pasangannya membantu
melakukan pekerjaan rumah.Konsep ini disebut dengan 'choreplay'.Kajian
dari University of Western Ontario mendapati isteri akan lebih bahagia
jika suami terlibat dalam urusan rumah tangga.Manakala studi dari
University of Ollinois di Chicago menunjukkan lelaki yang membantu
membersihkan rumah dan menguruskan anak,memiliki seks yang lebih baik.
- Berpelukan selama 20 saat
Pelukan
yang dilakukan selama 20 saat akan membuat 'hormon pelukan atau
oksitoksin mengalir dan membantu meningkatkan hubungan antara
keduanya.Lelaki memerlukan pelukan tiga kali lebih banyak dibandingkan
wanita untuk sampai ke tahap yang sama.Jadi berikan pelkan sekali sehari
selama satu minit buat pasangan demi menjaga keintiman dan memiliki
kehidupan seks yang lebih sihat.
- Berhenti mengakses pornografi
Pakar
menjangka lelaki melakukan mastubasi sebanyak 50 peratus lebih banyak
dari biasa jika sering melihat bahan lucah.Terlalu banyak masturbasi
akan menurunkan libido yang akhirnya akan menyebabkan kurang hubungan
seksual yang boleh memuaskan pasangan.
- Bersikap lebih positif
Kajian
menunjukkan perbezaan antara hubungan seks yang berjaya dan gagal
diperngaruhi oleh nisbah interaksi positif dan negatif.Seseorang harus
memiliki nisbah 5:1 iaitu 5 untuk fikiran positif dan 1 untuk fikiran
negatif.Fikiran yang positif akan membantu seseorang memiliki seks yang
hebat.
- Aksi pemanasan 21 minit
Fakta
menunjukkan lelaki lebih mudah orgasma berbanding wanita,sementara
wanita tidak konsisten dalam mencapai orgasma.Sebuah kajian yang
dilakukan oleh Kinsey and Masters & Johnson menyimpulkan pasangan
yang menghabiskan 21 minit atau lebih untuk pemanasan hanya memiliki 7.7
peratus kegagalan orgasma.
- Menjaga kecergasan
Sudah
tentunya seks bersama dengan pasangan yang cergas lebih ghairah
berbanding jika pasangan lemah dan layu.Reaksi daripada setiap
rangsangan yang diberi sudah tentu juga lebih pantas jika tubuh
segar.Oleh itu lakukanlah sesuatu agar tubuh anda kekal cergas
rangsangan seks tersebut tidak memudar.
- Kekal sihat
Kesihatan
secara keseluruhan dan kesihatan seksual sangat berkait rapat.Ini
kerana diet,stres,nutrisi,olahraga dan ubat-ubatan memberi pengaruh
besarterhadap nafsu seks seseorang.Jika salah satu daripadanya tidak
sihat,maka kehidupan seks juga akan terjejas.Oleh itu jagalah kesihatan
dengan mengamalkan cara hidup sihat,berolahraga dan mengambil makanan
berkhasiat.
- Berkongsi Fantasi
Kajian
menunjukkan orang yang aktif berfantasi akan memiliki kehidupan seks
yang lebih puas,lebih responsif dan lebih berani.Berkongsi fantasi
dengan pasangan tentunya akan memberi kesan besar dalam hubungan intim
dan satu perkongsian yang cukup berharga.
- Saling menghargai
Seseorang
lelaki harus memberikan perhatian,tapi jangan pula berlebihan.Ambil
kira kepuasan pasangan dan jangan memetingkan diri sendiri atau bersikap
ego.
0 comments:
Post a Comment