Endless CINTA

LOVE is universal, How we spread the LOVE? The Answer is here...

Wednesday, December 17, 2014

Keputihan Dan Cara Merawatnya


Sememangnya masalah keputihan seringkali mengganggu kehidupan seorang wanita kerana ia boleh memberikan rasa tidak selesa, lembab, gatal, panas bahkan rasa ngilu pada kawasan kemaluan.

Dalam bahasa mudahnya, keputihan adalah cairan/lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Dalam bahasa perubatan, ia dikenali sebagai leucorrhoeafluor albus.


Dari Mana Datangnya Cairan/Lendir Keputihan Ini?


Cairan/lendir ini boleh berasal dari tiga sumber iaitu:


1. Sekitar mulut vagina

2. Selaput liang vagina
3. Selaput rongga rahim

Adakah Semua Cairan/Lendir Yang Keluar Daripada Liang Faraj Itu Normal ?


Mudah Saja jawapannya. Sudah tentu ada yang normal dan ada yang tidak normal.


Mari Kita Lihat Apa Yang Dimaksudkan Dengan Cairan/Lendir Normal


• Pengeluaran cairan/lendir pada kelenjar mulut vagina (bibir faraj) – dipengaruhi oleh rangsangan berahi. Oleh kerana itu lendir ini akan meningkat jumlahnya dalam keadaan terangsang dan pada waktu berlakunya persetubuhan.


• Pengeluaran cairan/lendir pada selaput liang vagina dan rongga rahim – dipengaruhi oleh hormon. Oleh itu lendir ini akan meningkat jumlahnya sebelum dan sesudah haid atau sewaktu menghampiri waktu subur. Pada peringkat menopaus, pengeluaran cairan/lendir ini akan berkurang.


• Dalam kes normal, cairan/lendir dari ketiga-tiga sumber ini berwarna jernih, tidak berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Kadangkala cairan/lendir ini boleh keluar dengan banyak tetapi tetap jernih, tidak berbau dan tidak gatal.


Siapakah Yang Kerap Mengalami Masalah Keputihan Normal ?


1. Wanita yang menghampiri masa subur, sebelum atau sesudah haid.


2. Wanita yang sedang mengalami gangguan jiwa seperti terlalu sedih atau gembira.


3. Wanita hamil.


4. Wanita yang mengambil pil perancang keluarga.


5. Wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat hormon.


6. Wanita yang bekerja kuat dengan menggunakan tenaga fizikal yang banyak.


7. Bayi perempuan yang baru lahir, antara umur satu hingga sepuluh hari (cairan boleh keluar dari vaginanya akibat pengaruh hormon yang dihasilkan oleh placenta atau uri.


8. Gadis muda yang menghampiri masa puberti atau baligh.


Bagaimana Pula Bentuk Cairan/Lendir Yang Tidak Normal?


• Cairan/lendir yang tidak normal biasanya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah.


• Kebiasaannya saluran reproduktif wanita mengandungi kuman pelindung yang dikenali sebagai Doderlin Bacillus. Ia menghasilkan asid laktik yang menjadikan faraj berasid dan tidak sesuai untuk kuman atau kulat dari luar.


• Walaubagaimanapun suka ummi peringatkan di sini bahawa dalam sesetengah situasi, kawalan kuman semula jadi atau kuman pelindung faraj ini boleh hilang disebabkan penggunaan bahan pembersih yang bertindak secara langsung membunuh kuman semula jadi tersebut. Oleh kerana itu, berhati-hatilah dalam memilih pembersih yang sesuai. Pengambilan antibiotik untuk jangka masa yang panjang juga kadangkala turut membunuh kuman semula jadi. Maka dalam situasi ini kuman dan kulat mudah membiak.


Jenis-Jenis Jangkitan


Jangkitan boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:


1. Jangkitan Endogenus


2. Jangkitan Melalui Hubungan Seksual


3. Jangkitan Iatrogenik


Jangkitan Endogenus


1. Adalah jangkitan yang disebabkan oleh mikroorganisma yang sumbernya datang dari diri sendiri, biasanya berasal dari anus (dubul). Yalah, walaupun bahagian dubul telah dibersihkan selepas membuang air besar, kita masih belum dapat memastikan bahawa ia telah benar-benar bebas daripada mikroorganisma. Kadang-kadang pula, sewaktu terkentut, batuk atau ketawa berlaku apa yang disebut kecirit (kat tempat ummi orang panggil..kicit) iaitu keluarnya cairan dari dubur yang mengandungi bakteria, kulat atau parasit.


2. Dalam keadaan cairan/lendir yang normal meningkat, bahagian kemaluan dan seluar dalam akan menjadi lembab. Seluar dalam yang lembab ini akan dicemari oleh mikroorganisma yang ada pada anus. Dari situlah mikroorganisma akan sampai ke mulut vagina. Di sini mikroorganisma akan berkembangbiak sehingga menimbulkan gejala.


3. Jangkitan boleh datang dari berbagai sumber mikroorganisma terutamanya:


• Bakteria

• Kulat

4. Gejala dan tanda-tanda jangkitan bakteria:

• Cairan/lendir keputihan bertukar kepada kuning
• Berbau hamis
• Rasa gatal pada kemaluan

5. Gejala dan tanda-tanda jangkitan kulat:


• Cairan/lendir keputihan seperti susu bergumpal

• Berbau asam
• Rasa gatal pada kemaluan
• Bahagian kemaluan merah dan membengkak

Jangkitan Melalui Hubungan Seksual (STD)


Dalam bahasa perubatan, jangkitan ini disebut STD iaitu ‘Sexual Transmitted Diseases’.


1. STD adalah jangkitan yang ditransmisikan melalui hubungan seksual.


2. Gejala dan tanda-tanda yang timbul boleh jadi setempat pada saluran vagina/reproduksi dan boleh juga bersifat sistemik atau kombinasi kedua-duanya.


3. Sumber mikroorganismanya adalah dari pasangan seksual. Oleh itu adalah tidak memeranjatkan jika penyakit tersebut lebih sering dihadapi oleh wanita-wanita pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang.


4. Jangkitan boleh datang dari berbagai sumber mikroorganisma terutamanya:

a. Bakteria – punca kepada penyakit gonorrhoea, chlamydia dan chancroid.
b. Spirochete – punca kepada penyakit syphilis
c. Parasit – punca kepada penyakit trichomoniasis
d. Virus – punca kepada penyakit genital herpes, kutil kelamin, HIV/AIDS

5. Selalunya gejala yang timbul adalah dalam bentuk-


Setempat:


• Cairan vagina berwarna kuning atau hijau

• Alat kelamin berbau busuk
• Rasa nyeri dibahagian ari-ari
• Pendarahan dari vagina selepas persetubuhan
• Kemaluan membengkak, merah, melecet dan gatal-gatal serta rasa tidak selesa
• Gelembung berisi cairan pada kemaluan
• Tumbuh seperti kutil pada kemaluan
• Kelenjar pada lipatan peha membengkak, nyeri, pecah dan bernanah

Sistemik:


• Ruam-ruam merah pada kulit seluruh tubuh

• Demam
• Berpeluh malam
• Lesu atau lemah badan
• Penurunan berat badan

Jangkitan Iatrogenik


Adalah jangkitan yang berpunca daripada mikroorganisma yang dibawa masuk melalui peralatan di tempat rawatan. Walaubagaimanapun, di klinik-klinik atau hospital-hospital selalunya jangkitan ini jarang berlaku kerana kaedah antiseptik yang diamalkan.


Bagaimana Penyakit Dikesan?


• Melalui gejala dan sejarah penyakit

• Melalui pemeriksaan fizikal khususnya pemeriksaan dalaman, jika perlu ujian pap smear turut dilakukan.
• Melalui ujian makmal terhadap cairan/lendir keputihan. Sedikit contoh lendir diambil dari kemaluan untuk dua jenis ujian.

(a) pemeriksaan terus dengan mikroskop – untuk menentukan samada jangkitan berpunca dari kuman bakteria, kulat atau lain-lain

(b) Ujian culture dan sensitivity -kuman bakteria boleh disemai dalam media kultur. Oleh itu doktor dapat menentukan jenis bakteria dan jenis ubat yang sesuai untuk merawat pesakit

Cadangan Bagi Mencegah Berlakunya Keputihan


• Elakkan memakai seluar dalam yang diperbuat selain daripada kain kapas

• Elakkan memakai seluar jeans yang ketat
• Pastikan kemaluan dilap kering terutamanya selepas membuang air kecil ataupun air besar.
• Digalakkan menggunakan pencuci yang boleh mengekalkan keadaan asid pada faraj kerana keadaan asid pada faraj boleh menghalang jangkitan kuman ataupun kulat pada faraj.

Rawatan Keputihan


Sekiranya ragu-ragu, wanita yang mengalami keputihan perlu menemui doktor untuk menyiasat apa puncanya. Kadang-kadang keputihan boleh disebabkan oleh ketumbuhan kanser pada pangkal rahim. Doktor akan memeriksa bahagian peranakan untuk mengesan sesuatu jenis penyakit atau ketumbuhan. Tidak semua masalah berkait keputihan disebabkan penyakit merbahaya. Tetapi adalah lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga.


* Rawatan untuk penyakit jangkitan kuman menjadi mudah setelah diketahui apa jenis kumannya. Sebagai contoh:


(a) Kuman Monilia – Ubat Nystatin yang berbentuk peluru (dipanggil pessary) dimasukkan ke dalam faraj setiap hari selama seminggu. Ubat ini juga boleh diambil dalam bentuk pil.

(b) Kuman Trichomonas – Antibiotik Flagyl diberi secara tablet atau pessary.
(c) Gonorrhoea – Penicillin diberi dalam bentuk suntikan atau pil. Sesetengah kuman telah menjadi kebal atau resistant pada penicillin, maka jenis ubat yang lain perlu digunakan.

Apakah Komplikasi Yang Mungkin Berlaku Jika Tidak Dirawat?


1. Kemandulan (akibat rosaknya organ reproduksi terutamanya saluran fallopian)

2. Gangguan Haid
3. Kesakitan dll

Petua Nenek Moyang Melayu


Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan disarankan agar mencuba petua ini. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya dan cuci bersih. Kemudian direbus di dalam periuk. Setelah mendidih campurkan sedikit garam dan biarkan suam. Kemudian ambil air rebusan yang suam tersebut dan cuci kemaluan. Lakukan 3 kali seminggu
Read More

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan


Kecantikan luaran mahupun dalaman amat penting bagi kita, terumatanya golongan wanita. Sudah pasti, kita mereka tidak mahu kelihatan kusam ketika melakukan aktiviti harian. Terdapat pelbagai cara yang boleh diamalkan bagi mengekalkan keayuan seseorang gadis. 

Kali ini, aku ingin kongsikan beberapa tips untuk mengekalkan kecantikan dan keayuan gadis. Semoga artikel ini berguna bagi mereka yang masih tercari-cara tips mengekalkan keayuan...

Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan.  

Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari. Menjaga suara. Latih diri ercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'.

Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam. Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. 

Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. 

Jangan banyak berangan. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit. Menjaga gerak-geri.  

Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik. 

Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.  

Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.       
Read More

Tuesday, December 16, 2014

Cara mudah merangsang wanita



Kali ini aku ingin kongsikan 4 jenis rangsangan yang disukai oleh golongan wanita. Ia dapat meningkatkan rasa ghairah dan rangsangan seksual dengan cepat. Rangsangan seksual yang baik dapat memberi kenikmatan yang berganda kepada kaum wanita. Sememangnya kaum wanita sangat menanti-nantikan saat ini, Saat dimana pasangan lelakinya dapat memberi kepuasan maksimum ketika melakukan hubungan seks.

1 – Mengigit leher
Kawasan dibawah telinga sehingga ke tulang belikat leher merupakan kawasan rangsangan yang amat sensetif terhadap sentuhan. Di kawasan ini terdapat ribuan urat saraf yang cepat bertindak balas terhadap respon rangsangan yang dilakukan. Cara terbaik merangsang di kawasan ini adalah dengan memulakan rangsangan dengan mengunakan lidah dari atas ke bawah dan ianya perlulah dilakukan secara perlahan-lahan dan semakin agresif dengan mengigit manja di bahagian leher.

2 -  Menyentuh klitoris
Klitoris atau nama lainnya ialah biji kelentit sering disebut sebagai mini penis. Sememangnya ia berfungsi untuk menerima rangsangan seksual dengan cepat. Sebahagian wanita dapat mencapai orgasme hanya dengan sentuhan di bahagian klitoris mereka. Oleh itu, sebelum melakukan hubungan seksual, berilah rangsangan yang cukup di bahagian tersebut. Caranya adalah mengosok-gosok atau membelai dengan jari atau zakar atau juga dengan cara menjilat bagi memberi lebih rangsangan.

3 – Bercium saat penetrasi
Wanita amat menyukai suasana romantik ketika bercinta. Salah satu caranya adalah dengan melakukan ciuman secara berulang kali. Bercium adalah satu bentuk intimacy atau keintiman yang sangat disukai oleh wanita. Lakukan foreplay ini agar suasana romantik dapat diwujudkan ketika saat anda melakukan hubungan cinta bersama kekasih.

4 – menjadi lebih agresif

Wanita sememangnya menyukai lelaki agreasif ketika melakukan hubungan seksual. “agresif” yang dimaksudkan adalah melakukan kejutan dan gerakan yang agak ganas bagi memberi lebih kenikmatan ketika hubungan seksual sedang dilakukan. Ketika berhubungan jangan ragu untuk membuat gerakan yang menunjukkan keagresifan anda untuk memperlihatkan betapa anda sangat menikmati hubungan tersebut.

Keempat-empat langkah ini adalah cara mudah untuk merangsang wanita ketika di ranjang. Wanita boleh mencapai tahap orgasme dengan cepat sekiranya pasangan lelakinya memainkan peranan dan dapat mengamalkan tips ini ketika bersama.
Read More

Teknik merangsang kelentit


Tidak dinafikan Kelentit (Clitoris) memiliki daya tarik seksual tersendiri dan amat luar biasa. Malah kebanyakan pakar seks mengakui bahawa Kelentit merupakan kunci utama kepada kepuasan seksual kaum wanita. Oleh itu kaum lelaki seharusnya memberi perhatian serius kepada bahagian ini ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Kenali faraj terlebih dahulu sebelum mengenalpasti kelentit
Memberikan rangsangan yang tepat dan berkesan pada Kelentit mampu membuatkan wanita mengalami orgasme yang hebat malah mungkin juga berkali ganda. Untuk melakukan rangsangan pada Kelentit,ada beberapa cara yang boleh dilakukan.Selain dari cara jilatan ada satu lagi cara yang lebih sederhana tetapi memberikan kesan yang menikmatkan wanita iaitu dengan cara mengusap Kelentit.



4 Teknik Rangsang Kelentit melalui usapan.

1)Usapan Asas -Teknik ini dilakukan dengan menggunakan dua jari iaitu ibu jari dan jari telunjuk.Masukkan jari ke vagina hingga menyentuh hujung Kelentit dan tahan Kelentit diantara jari kemudian uli-ulikan secara perlahan-lahan.Kenal pasti titik paling sensitif pada Kelentit dengan melihat reaksi dan tindakbalas pasangan,kemudian lakukan usapan secara turun naik.Tempo usapan yang menikmatkan adalah dengan kiraan satu usapan per saat. 

2)Usapan Berganda -Ketika melihat pasangan anda menggeliat menikmati keasyikan,lakukan teknik usapan berganda iaitu dengan cara mengusap Kelentit secara turun naik menggunakan ibu jari.Sementara jari telunjuk anda melakukan usapan dengan gerakan melingkar pada sisi lain Kelentit. 

3)Usapan Melingkar -Untuk menambahkan variasi usapan,lakukan usapan dengan cara ibu jari anda hanya dibiarkan diam disatu sisi dan gunakan jari telunjuk untuk melakukan usapan dalam gerakan melingkar dari pangkal ke hujung Kelentik secara berulang-ulang.Lakukan usapan dengan perlahan-lahan dan lembut untuk memberi lebih keasyikan dan kenikmatan kepada pasangan.

4)Usapan Hujung -Teknik rangsangan ini dilakukan dengan cara memegang pangkal Kelentit menggunakan ibu jari dan jari tengah.Sementara itu gunakan jari telunjuk untuk untuk memicit hujung Kelentit.Tanyalah pasangan dalam melakukan teknik ini kerana jika picitan pada hujung Kelentit dilakukan agak kasar kadang-kadang boleh mendatangkan kesakitan padanya.Sebaiknya lakukanlah picitan dengan lembut dulu kemudian baru dipertingkatkan dengan melihat pada reaksi dan penerimaan pasangan.Teknik ini jika dilakukan dengan tepat boleh membuatkan pasangan anda mencapai orgasme dengan segera. Apa yang penting,semasa melakukan keempat-empat teknik yang dinyatakan,berkomunikasilah dengan pasangan.Tanyalah mana satu teknik yang disukai dan paling dinikmatinya.Ini penting demi memberikan kepuasan yang hebat,berganda dan semaksima mungkin kepada pasangan anda. Sekian.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Read More

Monday, December 15, 2014

Fakta menarik tentang lelaki

Apa yang menarik tentang lelaki...? Bagi orang macam aku, mungkin tidak ada apa yang menarik tentang lelaki. That why aku tidak pernah tertarik dan menarik lelaki untuk jalan bersama. Namun, golongan bertentangan dengan aku harus membaca artikel ini kerana untuk memahami golongan "pedang" merupakan suatu yang sukar. Adakalanya memeningkan kepala. Oleh sebab itu, aku ingin kongsikan kepada wanita beberapa fakta menarik tentang lelaki. 


Fakta ini amat berguna untuk anda membina keyakinan terhadap lelaki, selain itu ia juga sangat bermanfaat dalam membentuk hubungan yang mantap. 

1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

11. Lelaki juga akan menangis.

12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

17. Lelaki amat sayang ibu mereka.

18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan korang seorang pendengar yang setia.

20. Adalah lebih baik korang menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.

24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

25. Lelaki lebih banyak berfikir.

26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

28. Sukar untuk lelaki melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
Read More

Tips menjaga penampilan lelaki

Penampilan personaliti sememangnya menjadi aset penting kepada setiap orang terumatanya golongan wanita. Namun, golongan lelaki juga tidak boleh memandang remeh akan perkara ini. Amat penting bagi seseorang lelaki untuk nampak bergaya dan"macho" dalam menjalankan pelbagai aktiviti harian. Ini kerana, penampilan yang menarik memberi keyakinan dan meningkatkan aura dalaman. Sebagai contoh, pemakaian warna-warna ceria menimbulkan rasa gembira dalam diri kita. 


Kali ini, Aku ingin berkongsi sedikit tips / petua bagi menjaga penampilan diri khususnya golongan lelaki. 

1. Sentiasa tukar cadar dan sarung bantal

Cadar dan sarung bantal adalah salah satu penyebab masalah kulit wajah. Apabila kulit wajah terkena pada permukaan fabrik cadar dan sarung bantal, kotoran dan bakteria itu akan melekat. Ia akan menutup liang-liang roma dan keadaan ini menyebabkan terjadinya jerawat. Oleh itu gantikan cadar dan sarung bantal anda dengan lebih kerap.

2. Syampu rambut tidak lebih dari sekali sehari

Sebaik-baiknya kamu perlu mencuci rambut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu sahaja dan pilihlah syampu yang bersesuaian untuk rambut kamu. Selepas bersyampu, pastikan kamu gunakan perapi bagi melembap dan melembutkan rambut.

3. Floss gigi setiap hari dan lakukan pemutihan gigi setiap 6 bulan

Untuk senyuman yang menawan, anda perlu rajin memberus gigi dan lakukan proses floss setiap hari. Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah bau mulut tetapi juga dapat menanggalkan sisa-sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi. Untuk menjadikan gigi lebih putih, kamu juga disarankan untuk melakukan proses pemutihan gigi 6 bulan sekali. Selepas seminggu melakukan proses pemutihan, elakkan mengambil makanan yang meninggalkan kesan di gigi seperti kopi, sos soya..

4. Gunting rambut setiap 3 – 6 minggu sekali

Sentiasa tampil dengan rambut yang digunting rapi agar kelihatan kacak dan bergaya. Kamu tidak perlu bersusah-payah menghabiskan duit,sebaliknya kamu boleh ke kedai gunting biasa yang lebih murah harga perkhidmatannya. Murah dan cepat. Sekiranya kamu mempunyai salun yang sering kamu kunjungi, pastinya pendandan rambut yang selalu memotong rambut kamu sudah tahu potongan rambut yang sesuai dan jangan lupa rapikan rambut kamu sebelum keluar rumah.

5. Pemakaian minyak rambut yang sesuai

Rambut adalah aset yang penting bagi lelaki, pilihlah yang bersesuai dengan rambut kamu. Jangan suka bertukar-tukar minyak rambut kerana ianya akan menyebabkan rambut cepat rosak . Tak mustahil rambut akan rosak seperti tumbuh rambut seperti uban.Jangan juga memakai jenis minyak rambut yang berminyak ianya juga boleh menyebab jerawat di bahagian dahi.

6. Pemakaian minyak wangi

Kalau keluar rumah jangan lupa pakai minyak wangi yang bersesuai ,jangan terlalu kuat dan terlalu menyengat. Semburkan di beberapa tempat sahaja. 
Read More

Cara memekatkan air mani


Dr Ismail Thamby, pakar sakit tuan menulis 10 Kaedah di dalam Harian Metro. ImageAIR mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma.

Gambar ini sekadar hiasan dan tiada kaitan untuk memekatkan air mani lelaki


Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, antaranya:

1 - Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.

2 - Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.

3 - Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.

4 - Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.

5 - Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas.

6 - Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone.

7 - Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan.

8 - Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih.

9 - Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma. 

  • Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP75) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi.


10 - Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani. 

  • Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.
Semoga info ini berguna kepada semua lelaki yang mengalami masalah air mani cair atau tidak likat. 
Read More

Sunday, December 14, 2014

Mengapa wanita menangis?


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...
Read More

Saturday, December 13, 2014

Petua Kelihatan Cantik Dan Menarik


LAPAN petua melayu untuk si wanita agar kelihatan cantik dan menarik. Petua ini sesuai diamalkan sama ada yang sudah berkahwin atau belum untuk menarik perhatian kepada pasangan anda.

1. Amalan tidur dan bangun

Apabila hendak tidur malam, sebelum itu duduk berlunjur kemudian rebahkan badan ke tilam tanpa menongkat badan dengan tangan. Apabila mahu bangun dari katil, lunjurkan kaki dan terus bangun tanpa menongkatkan badan dengan tangan juga.
Kemudian, rapatkan kedua tapak kaki dan temukan kedua tapak kaki sekali dan tunduk ke arah kaki sambi tangan pegang pada kaki. Biarkan dalam 10 saat.

2. Wajah Suci

Waktu bangun pagi, basuh muka dengan air tanpa menggunakan sebarang pencuci muka dan jangan lap muka dengan tuala. Biarkan air di muka kering sendiri.
Ini adalah untuk mengekalkan kecantikan asli wanita dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembab asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara

Semasa mandi, terutama waktu pagi, jiruskan air pada kedua-dua belah payudara sebelum air membasahi badan supaya payudara sentiasa segar dan tidak mudah jatuh.

4. Bau Badan Semerbak

Untuk memberi bau badan tubuh sentiasa berbau wangi dan bau semerbak, amalkan makan makanan yang segar seperti ulam- ulaman yang wangi baunya. Insyaallah nafas dan badan akan berbau wangi.

5. Batin

Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu

Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7.Mengurut Pangkal Sendi

Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi ketegangan selepas kahwin nanti (dalam hubungan seks).

8. Payudara Mantap

Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

Selamat mencuba.


Jangan lupa untuk tekan butang Share selepas anda baca ♥
Read More

Friday, December 12, 2014

Tips Mengenalpasti Kekasih Curang


Kita selalunya mengandaikan kekasih yang kita cintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah anda sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada?Orang yang paling rapat dengan diri kita pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100%. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati, tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan kecurangan pasangan. Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau sering berlaku:

1-Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama.Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sikit’. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!

2-Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda- tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh- sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.

3-Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

4-Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda.Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

5-Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

6-Tidak lagi rajin menelefon anda Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

7-Berubah sikap dengan ketara Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!

8-Asyik lewat ketika temujanji Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!

9-Menerima panggilan telefon secara rahsia Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda!

10-Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!

11-Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati Ketika anda cuba menghubunginya,handsetnya sering mati..Jika tidak mati,taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang.Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!

12-Kerap memberi alasan sibuk dan penat Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda.Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat.Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu.Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya.Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat memahami.Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga.Anda perlu menyiasat samada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!

13-Sering tersasul menyebut nama wanita lain Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut.Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.

14-Sepi tanpa berita bila berjauhan Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain.Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita.Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu.Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya.Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.

15-Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya Anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya.Mungkin si dia tidak sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan.

16-Marah apabila anda bertanya aktivitinya Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!
Read More

Fakta mengenai payudara


Apa yang dipandang lelaki pada tubuh wanita selain wajahnya? Sudah bahagian dada bukan! Begitu juga ketika melakukan hubungan seks, selain yang di bawah sana, suami biasanya akan memfokuskan rangsangan pada bahagian payudara isterinya.


Sebab itulah
payudara dikatakan sebagai aset kaum hawa. Kerana kepentingan ini maka wanita haruslah mengetahui dengan jelas informasi berkenaan bahagian tubuh ini.

Jangan terpengaruh dengan fakta salah tentangnya yang selalu beredar dari mulut ke mulut mahupun internet tentangnya. Kali ini menyenaraikan beberapa perkara penting tentang payudara yang wajib diketahui oleh wanita.

Ukuran Berbeza

Payudara hadir dalam pelbagai bentuk dan ukuran. Tidak ada wanita yang bentuk dan ukuran payudaranya sama. Rata-rata berbeza ukuran payudara kiri dan kanan malah ada yang agak jauh bezanya. Walaupun ia merupakan perkara semula jadi namun anda tetap juga harus berwaspada. Perbezaan bentuk payudara juga boleh disebabkan oleh pertumbuhan tumor.


Boleh Diperbesarkan


Ukuran payudara setiap wanita ditentukan oleh faktor genetik dan
hormon estrogen. Ia mula membesar pada usia 10 tahun dan terus berkembang hingga usia 20 tahun. Pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi hormon estrogen seperti pil perancang atau krim boleh membuatkan payudara membesar terutama sekiranya digunakan secara berterusan, jaringan payudara ini memang akan bertambah dengan cepat.


Akan tetapi payudara tidak mempunyai jaringan otot, bermakna anda tidak boleh menambah ukurannya dengan bersenam. Namun khabar baiknya, senaman atau olahraga mampu mempengaruhi pembesaran otot dada. Sekiranya otot dada berkembang, secara automatik payudara akan kelihatan lebih besar padahal ukurannya tidak berubah.



Coli Berkawat Bahaya

Ada yang mengatakan bahawa pemakaian coli berkawat akan meningkatkan risiko terkena
kanser payudara. Kawat atau besi pada coli dikatakan akan menekan sistem limfatik pada payudara hingga membuatkan racun berkumpul dan meningkatkan risiko terkena kanser.

Sebenarnya tiada hubungan antara bentuk, jenis atau ukuran coli dengan kanser payudara. Hanya pemakaian coli dengan ukuran yang salah akan mempengaruhi bentuk payudara dan keselesaan pemakainya selain memakai coli berkawat semasa tidur akan menyebabkan payudara sukar bernafas.


Besar Lebih Seksi


Ada wanita yang berasa iri hati pada teman yang mempunyai payudara besar dan montok. Tapi sebenarnya wanita yang berpayudara besar sering kali berasa tidak selesa dengan keadaan mereka. Ramai yang merasakan bahawa lelaki cuma tertarik pada dada mereka saja dan bukan aspek lain.


Bayangkan setiap kali berbicara dengan teman lelaki, mereka asyik memandang ke arah situ saja. Selain itu ukuran payudara yang terlalu besar juga boleh menyebabkan sakit di bahagian belakang dan postur tubuh tidak lagi menarik. Jadi apa pun ukuran payudara yang ada terima saja dengan redha.


Silikon Sebabkan Kanser


Belum terbukti! Daya tolak reaksi jaringan tubuh terhadap silikon dikategorikan sangat rendah. Setakat ini ia tidak terbukti boleh menyebabkan kanser kecuali jika terjadi kebocoran pada lapisan yang membaluti silikon. Silikon hanya menyukarkan proses pemeriksaan payudara sendiri atau mamografi hingga perlu menambah sinar-X untuk mendapat hasil yang lebih tepat.



Tetap Tegang

Payudara boleh mengendur kerana kehamilan dan juga proses menyusui. Ketegangan payu dara juga mungkin berubah semasa menjelang haid. Akan tetapi faktor utamanya adalah akibat pertambahan usia. Sekalipun anda belum berumah tangga, anda akan semakin tua bukan!

Jadi payudara tetap akan menjadi kurang elastik apa lagi kalau anda jenis yang malas bersenam. Anda boleh mengurangkan kesan tersebut dengan memakai coli yang tepat ukurannya dan bagus kualitinya bagi mendukung payudara.
Read More

© Endless CINTA, AllRightsReserved.

Edited by Blogger Mengiring