Endless CINTA

LOVE is universal, How we spread the LOVE? The Answer is here...

Monday, March 17, 2014

Apa erti cinta


Apabila bicara tentang cinta, semua orang kata TAHU. Walhal masih ramai yang cetek tentang CINTA. Diri sendiri berada diawangan dan delima antara tuntutan perasaan, keluarga atau nafsu.

Apakah yang maksudkan dengan CINTA ?

Cinta ialah naluri atau perasaan dalaman keatas sesuatu yang nikmat baik bersifat jasmani atau rohaniah. Perasaan yang berlainan atau keinginan yang sukar digambarkan apabila jalinan hubungan antara lelaki dan wanita atau sebaliknya. Perasaan yang sukar digambarkan itulah yang dikatakan CINTA.

Cinta, asmara, kasih, sayang, suka, minat yang sinonim dengan perasaan diluahkan atau disampaikan dengan kaedah yang berbeza. Oleh kerana konteks  cinta itu dari sanubari, maka itulah manusia cuba sampaikan maksudnya dan luahan perasaan itu dengan bentuk ungkapan, sebutan, tulisan puisi, sajak dan sebagainya yang bertujuan untuk menyatakan perasaan cinta mereka.
Read More

Saturday, March 8, 2014

Tips menggunakan parfume


Setiap orang pasti memakai parfume untuk menyempurnakan penampilannya. Biasanya parfume yang sama belum tentu aromanya sama setelah di semprotkan ke bagian tubuh anda.

Yang perlu diperhatikan saat menggunakan parfume adalah bagaimana cara penyemprotannya dan diamana saja, agar aroma parfum anda tetap melekat sepanjang hari. Berikut tipsnya.

1. Semprotkan parfume pada kulit bagian pergelangan tangan, siku bagaian dalam dan leher. Jangan semprotkan pada pakaian anda karena bisa membuat baju anda bernoda.

2. Saat menyemprotkan parfume anda jangan gunakan perhiasan, sebaiknya lepaskan dulu. Karena bisa membuat perhiasan anda berubah warna.

3. Jika parfume anda spray sebaiknya semprotkan dengan jarak sekitar 30 cm ke bagian dalam tubuh anda. Itu akan membuat penyebaran parfume merata dan tahan lama.

4. Untuk pria, semprotkan parfum anda pada bagian kulit dada kanan dan kiri kemudian depan.

5. Jangan menyimpan parfume anda ditempat yang panas, karena akan membuat aroma parfume berubah.
 
Jadi, semprotkanlah parfum anda secara benar dan nikmati keharumannya sepanjang hari, agar orang disekeliling betah berada disamping anda.
Read More

10 jenis cinta


1) Cinta Sayang
Bermula dengan jalinan persahabatan yang cenderung kepada ambil berat dan timbul perasaan sayang dalam hubungan yang akrab. Bicara dengan orang yang dia merasa senang atau sukai, atau bertukar-tukar kisah peribadi untuk dikongsi bersama. Hubungan semacam ini yang mengandungi unsur akrab, nafsu berahi dan jalinan yang kuat. Cinta ini ramai tidak sedari, kerana ia lahir secara tiba-tiba.

2) Cinta Buta
Jenis cinta ini dikuasai oleh nafsu berahi. Tiada ikatan keakraban atau jalinan yang akrab. Banyak dipengaruhi oleh dorongan nafsu atau keinginan untuk memiliki secara dasar sahaja. Di lubuk hati masih lagi dalam curiga antara hendak atau tidak. Cinta ini tidak kekal lama kerana hanya pada zahir sahaja dia suka, tetapi batinnya menolak untuk terus bersama.

3) Cinta Simpati
Cinta ini lahir dari perasaan simpati semata-mata tanpa mendalami perasaan pasangan yang dicintainya. Ada juga disebabkan desakan atau tetiba terasa simpati. Cinta ini amat sukar untuk diketahui sejauh mana kekalnya pasangan bercinta. Apa pun elakkan dari cinta ini kerana ianya hanya bersifat sementara.

4) Cinta Paras Rupa
Cinta jenis ini hanya meminati seseorang hanya kerana paras rupa sahaja. Cinta ini hanya pada dasar sahaja tanpa menyelami hati budi secara dalaman. Lahir dan batin tidak akan sama, mungkin cantik diluar tetapi busuk didalam. Maka itu jangan mudah buat andaian secara luaran. Perlu selami hati budi dan nilai sejauh mana keikhlasan cintanya.

5) Cinta Romantik
Jalinan cinta ini adalah gabungan dari sifat akrab dan kasih sayang. Menyintai pasangan sepenuh hati dan tidak didorong oleh nafsu. Cinta ini cenderung dalam penyampaian perbuatan atau perhatian ambil berat. Cinta ini unik kerana gabungan dari perasaan dan perbuatan sebagai tempat untuk luahkan cintanya.

6) Cinta Nafsu
Cinta ini hanya dikawal atau didorong oleh perasaan nafsu berahi. Meminati pasangan lebih kepada tubuh badan berbanding untuk  menikmati cinta perasaannya yang sebenar. Cinta ini tidak lama, selepas dapat apa yang dihajati, pasangan ditinggalkan. Cinta jenis ini amat mudah untuk dikenali, yang pada kebiasaannya lebih ditunjukkan dengan perbuatan sumbang tanpa kerelaan atau kebenaran pasangannya terlebih dahulu.

7) Cinta materialistik
Cinta ini juga dikenali sebagai cinta harta benda. Cinta lebih kepada duit poket atau kedudukan atau taraf individu itu. Tidak ikhlas dan tiada jalinan persahabatan yang akrab. Cinta ini penuh kepuraan atau lakonan hanya sekadar dapat memenuhi keinginan untuk mendapat sesuatu yang dia tidak mampu.

8) Cinta Biasan
Cinta ini dikenali juga sebagai cinta paksaan. Terpaksa minati pasangannya tanpa jalinan keakraban atau perasaan ikhlas untuk menerima pasangan sepenuh hati. Atas desakan atau paksaan, maka mereka teruskan hidup bersama, akibatnya pasangan merana jiwa dan batin. Ada pasangan yang berjaya ubah perasaannya dan ada juga pasangan yang sebaliknya.

9) Cinta Kecundang
Cinta ini ada unsur jalinan tetapi tanpa keakraban dan nafsu berahi, maka terjadilah cinta hampa atau cinta kecundang. Biasanya terjadi pada pasangan yang tidak mahu memahami atau menerima pasangan mereka secara rasional.  Lebih banyak dikuasai oleh sifat tidak puas hati terhadap pasangan yang dikenali.

10) Cinta Sempurna
Cinta ini amat sukar dicari. Terlalu sempurna dalam penerimaan pasangannya. Gabungan perasaan dan fikiran yang rasional, memberikan kesan cinta yang menarik. Insan ini cenderung dalam membelai, menyayangi, menghargai dan menghormati pasangannya. Cinta ini disampaikan dengan perbuatan dan perasaan yang ikhlas.


Cinta atau nafsu itu merupakan suatu keinginan yang bermula dari jiwa, mempunyai tujuan dan tugas yang berbeza. Cinta dalam bentuk kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita itu memerlukan bukti. Samada melalui kata-kata mahupun perbuatan. Banyak kita temui orang yang mengaku bahawa dia mencintai seseorang, namun hanya sekadar ungkapan sahaja, tidak terbukti secara nyata dalam bentuk cinta yang sempurna.

Apabila kita sudah jatuh cinta, elakkan diri dikuasai oleh emosi cinta. Cinta boleh menguasai manusia dan setiap perbuatan boleh menjadi luar biasa atau diluar batasan peribadi. Kita harus mengawal diri dengan tindakan yang lebih berhati-hati, tidak kira situasi samada dalam bentuk ungkapan atau perbuatan.
Read More

Friday, March 7, 2014

Tips Bercinta Suami Isteri




1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. 


2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman dibibir. 
 


 3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. 
 


4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur . 
 


5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. 
 


6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. 
 


7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. 
 


8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. 
 


9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada disisi. 
 


10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. 
 


11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya 
 


12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman bekas suami 
 


13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. 
 


14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. 
 


15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. 
 


16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. 
 


17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. 
 


18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. 
 


* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. 
 


Selamat mencuba bagi yg x pernah praktik kan tu..kalau yg dah mmg sedang praktikkan
tu teruskan dan semoga ikatan suami isteri akan lebih manis lagi...insyallah....kekal bahagia ke usia tua... 



Wallahua'lam
Read More

Thursday, March 6, 2014

Kriteria suami yang dikasihi


A.Suami Teladan ialah:

- Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya.  Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan,ia akan menyatakan kepada isterinya.

- Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.

- Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.

- Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.

- Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga. Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu :-


1. Tubuh badan yang sempurna sanggup melaksanakan  tanggupjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin.

2. Akal fikiran yang sempurna
- berfikiran positif.


3. Pengetahuan agama yang sempurna
- untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup.


4. Membelanjakan sebahagian harta
- mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya

B. Keperibadian Suami Yang Menjadi Impian Isteri

1. Penuh kerinduan dan kasih sayang

2. Mencintai

3. Gagah dan berakhlak mulia

4. Kaya dan bijaksana

5. Memberikan cahaya kehidupan

6. Menegakkan kebenaran

7. Mulia di sisi Allah

C. Ciri-ciri Suami Teladan

- suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah

- suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah

- suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya.

1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah:

a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.

b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT

c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya

d. Menjaga hati dan perasaan isteri

e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang diluar kemampuan isteri

f. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan

g. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.

h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.

i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin.

j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan.

k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa.

l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya.

- Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.

- Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan  kebahagiaan bersama.

2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu:

a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.

b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.

c. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa.

d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat.

e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah.

f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek.

g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim.

h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga.

i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam.

j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan.

k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.

D. Suami yang penuh sentuhan kasih

Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :-

1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri,Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajat nya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.

Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.

2. Memberi pujian terhadap isteri, Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.

Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku? ". Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

3. Menentukan batas tanggungjawab, Islam telah mengatur, tanggungjawab terhadap suami dan isteri.

Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. 

Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.

4. Menghindari kritikan terhadap isteri, Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri.

Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:

a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah

b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada
perasaan kecewa dan tekanan batin.


c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.

d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan
kehilangan identiti dirinya sendiri.


e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.

f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.

5. Memperhatikan sesuatu yang romantik, Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita.

Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.

6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami,

Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.
 

7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri, Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.
 

8. Memahami gelora jiwa isteri, Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org yang dapat membimbing hidupnya.
 

9. Membina kerjasama yang baik, Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.
 

10. Memenuhi keperluan peribadi, Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.

E. Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga

1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna

2. Memberi nafkah kepada isteri

3. Menggaulinya dengan baik

a. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan

b. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal

c. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghiburkan isteri supaya hatinya sentiasa gembira.

d. Memaafkan lkeslaahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia.

e. Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya.

f. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya.

g. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya dihadapan umum.

h. Melindungi isteri dari api neraka.

4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan, Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan. Secara umum lelaki bersifat :

- berani dan gagah perkasa
- ingin menolong yang lemah
- ingin berkuasa
- kasar dan tamak


manakala wanita bersifat :

- lemah lembut
- pemalu
- mempunyai perasaan yang halus
- bersopan santun
- penyabar.


Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing. 

5. Membimbing isteri 

Di samping memiliki sifat-safat yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Diantaranya: 

a. Mudah lupa dalam mengingati Allah, Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.

b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.

c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain. Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik seperti :

1. Janganlah suami dan ister marah pada masa yang sama.

2. Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain

3. Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang.

4. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap
kasih sayang.


5. Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu

6. Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak mempunyai masa terhadap pasangan.

7. Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan

8. Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang kurangnya sekali sehari.

9. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.

10. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya org yang bersalah paling banyak berbicara.

6. Membimbing anak

Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya antaranya:

a. Memberikan nama yang baik bagi anaknya
b. Memberi nafkah
c. Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya.
Read More

Wednesday, March 5, 2014

Pengalaman cabut gigi


Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.  

Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak.

Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa.

Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.
Read More

I believe in love…do you?



Mengapa anda tidak percaya pada cinta? Mungkin kerana hanya anda dicurangi? Hanya kerana anda dikecewakan berkali-kali? Hanya kerana andatelah  gagal dan gagal lagi?
Anda harus percaya kecurangan yang berlaku, kekecewaan yang ditempuhi, dan kegagalan yang anda alami, BUKAN salah bukan, BUKAN sebab anda setia kepada dia, BUKAN juga sebab anda percaya pada cinta. TETAPI, itu menunjukkan yang Tuhan amat sayangkan anda!
Tuhan membenarkan anda dikecewakan kerana Dia mahu anda mengenali lebih lagi tentang kehidupan dan orang-orang yang tidak baik untuk anda. Malah, Tuhan mahu kita lebih bijak membuat keputusan dan terus berusaha lebih gigih dengan harapan apabila kita benar-benar menemui kekasih sejati, cinta yang suci, kita benar-benar menghargainya!


Mungkin sekarang anda  baru bercinta, kemudian ada pelbagai halangan… kemudian break-off. Lepas tu anda couple lagi…mula-mula, masing-masing sayang giler, cintan habis. Tapi later on, berubah hati pulak…

Adakah itu penyebab kita tidak percaya lagi dengan cinta?


Cinta bukanlah penyebab kepada perubahan itu.. Kerana cinta yang sebenar-benarnya cinta tidak mengkehendaki perpisahan, sebaliknya kemesraan. Jika benar dia cinta, dia takkan sanggup berpisah atau mengecewakan orang yang dia cintai, jelaslah… dia hanya seorang yang suka mempermainkan perasaan orang. Sebenarnya anda belum menemui CINTA anda!


Perhubungan cinta ini adalah satu proses yang tidak akan berakhir! Orang akan bercinta, dan terus akan bercinta… orang kahwin, boleh bercerai dan kahwin lagi… ia adalah suatu proses kitaran yang sentiasa akan berterus. Bukan hari ini bercinta, esok dah kahwin…settled! CINTA tidak semudah itu.. tidak semudah A.B.C.. Mana ada CINTA yang macam tu …CINTA adalah satu usaha yang tidak ada penamatnya.

Jika sudah menemui cinta, kita kena tambahkan lagi cinta itu agar kita terus bahagia bersama. Sekuruang-kurangnya, kalau tak nak tambah pun maintain kestabilan percintaan anda itu… dan selalulah memikirkan bahawa dia adalah CINTA anda,

Apabila dia percaya pada kamu adalah CINTA.  dia akan terus mengorat, memikat, menackle, bergurau senda, bermesra, usik-mengusik, berasmarada selalu dengan kamu, itu barulah bahagia dan kekal selamanya hubungan percintaan yang dibina..

Jangan biarkan cinta itu kehambaran sebelum waktunya.

Untuk memiliki seseorang yang mempunyai kesemua sifat sebegitu… kita kena bersama dengan “BL. "BL" ialah "Believe in Love"... kita kena bersama dengan orang yang Believe in Love! Barulah kita akan menemui CINTA..

Seseorang yang sangat mempercayai pada cinta dan amat menghormati cinta itu, dia pastinya adalah orang yang juga menghormati dan teramat mencintai pasangannya.

Mulai dari hari ini, sebelum anda berkenalan dengan lebih mendalam dengan sesiapa yang berpotensi itu, minta dia jawab dengan seikhlasnya, soalan paling penting, “I believe in love…do you?”
Read More

Petua mengekalkan keayuan


Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan.  

Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari. Menjaga suara. Latih diri ercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'.

Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam. Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. 

Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. 

Jangan banyak berangan. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit. Menjaga gerak-geri.  

Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik. 

Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.  

Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.
Read More

Bernikah untuk apa...?


Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan. Hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Mana satu pula pilihan hati anda?


1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana NAFSU, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.


2- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.


3- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.


4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

5- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.


6- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia. Yang dicintai pasti MATI / PERGI.


7- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.
Read More

Tuesday, March 4, 2014

Adab Berdoa & Syarat-syarat

 

Antara syarat-syarat DOA dimakbulkan Allah 

1- Berdoa dalam keadaan suci daripada hadas besar atau kecil dan najis pada tubuh badan mahupun pakaian, bersih lahiriah serta batiniah.
2- Memohon perkara perkara kebajikan.
3- Insaf serta rasa penyesalan di atas dosa-dosa yang telah dilakukan pada masa lalu.
4- Memohon di waktu-waktu tertentu seperti selepas melakukan solat-solat fardhu, solat sunat tengah malam atau pada hari jumaat.
5- Melakukan dengan khusyuk, baik sangka dengan Allah.
6- Hidup dengan makanan yang Halal.
7- Tidak meminta perkara maksiat. 
8- Menyeru nama-nama Allah yang munasabah dengan hajat yang diminta.
9- Mengesa dan mengulang-ulang permohonan itu.

Read More

Cara Melupakan Bekas Kekasih



Mengapa hati ini begitu sukar untuk melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati, sedangkan sudah bertahun-tahun lamanya dia memutuskan hubungan cinta.Manisnya saat pertama kali mengenali hati si dia, apa lagi mengenangkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah dijalani bersama. 

Ketika itu, hidup ibarat tinggal di atas kayangan bersama si peri-peri dan sang pujaan hati. Indahnya sinar mentari hingga tidak dapat dijelaskan apa yang ada di hati. Namun, semuanya bersifat sementara. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. “Mengapa kenangan lalu masih menghantui fikiran” dan “Adakah si dia juga merasa apa yang aku rasakan saat ini”. 

Adakah kejadian ini seringkali menjadi persoalan difikiran anda? Namanya seringkali menjadi ingatan walaupun sudah ada penggantinya. Lebih parah, apabila kamu tidak dapat menerima cinta baru itu dari orang lain, sedangkan kamu sudah berpisah bertahun-tahun lamanya. Mungkinkah kamu belum bersedia menerima penggantinya, sehingga teman-teman lain dapat melihat dan merasakan perubahan sikap kamu itu?

Aku ingin berbagi tips untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah orang yang paling dicintai. Berikut adalah beberapa tuntunan yang perlu dilakukan apabila hati kamu masih tidak aman.

Anda bersedia melupakannya bila… 
 
Menghapus kenangan bersama si dia

Setiap peristiwa yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatnya kembali. Singkirkan dia dari pikiranmu dan simpan foto-foto kamu berdua maupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata.

Hapus nomer hapenya. Termasuk SMS dan pesan suara darinya.


Jangan Menyeksa diri


Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mau tidak mau akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali diradio, jangan sampai membuat kamu mengingatnya kembali dan merasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Karena hal itu tidak pada tempatnya. 
 

Si dia punya pengganti

Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sewajarnya untuk kamu mempunyai perasaan cemburu. Perlu disadari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan hal yang sama. 
 

Berhenti membandingkan

Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan. 
 

Kehidupan berbeza

Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan liburan akhir minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa sendiri. Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyadari bahwa sebenarnya sudah ditakdirkan kamu hidup sendirian dan harus menikmati akhir minggu dengan sebaik-baiknya. 
 

Cara terbaik melupakan si dia: 
 

* Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya

Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap kejadian yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingat setiap kejadian buruk yang ada pada dirinya.

Misalnya, dia seringkali memarahi diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rekan-rekanmu, mengeluarkan suara yang tinggi atau sering tidak menepati janji.


*Sahabat pendengar setia


Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa selalu hadir difikiran. Ceritakan masalah kamu itu kepada sahabat yang bisa dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu. 
 

* Ciptakan fantasi

Kita selalu memikirkan bahwa perpisahan itu tidak akan terjadi bila pasangan memahami hatimu dan setia. Masalahnya kini, kamu sudah memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang dirinya. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang kamu idamkan?
Read More

Monday, March 3, 2014

Mengekalkan Hubungan Cinta


Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat. 

Dengan peraturan itu juga, kamu sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, kamu dan pasangan sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya. 

Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata kamu ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kamu lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan. 

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.


Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya. 

2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.


Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu. 

3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.


Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari. 

4. Hormati pendiriannya
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.


Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana. 

5. Yakin pada keistimewaannya
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.


Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira. 

6. Jangan berprasangka
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.


Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu. 

7. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.


Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain. 

8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.


Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya. 

9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.


Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana. 

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.


Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.
Read More

Cara memulakan perkenalan

Bagi sesetengah individu, proses memulakan perkenalan mungkin amat mudah bagi mereka. Namun bukan semua orang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi untuk memulakan sesebuah perkenalan.

Apatah lagi jika mereka mahu memulakan perkenalan dengan seseorang yang berlainan jantina atau berbeza latar belakang kehidupan.

Namun ada beberapa cara berkesan yang boleh diaplikasikan jika anda mahu memulakan perkenalan dengan seseorang. Bagaimanapun anda perlu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan kerana tidak semestinya semua salam perkenalan itu akan bersambut.




1. Bersedia untuk ditolak
Bukan semua orang selesa apabila ada seseorang yang tidak mereka kenali menghulurkan salam perkenalan. Sebagai contoh, seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki atau suami, pastinya tidak akan berasa selesa dengan situasi ini.

Oleh sebab itu sebagai lelaki anda jangan sesekali tersalah sasaran kerana ia hanya akan membuatkan anda malu pada diri sendiri. Dalam aspek ini anda perlu bersedia jika kehadiran anda tidak disenangi dan akhirnya ditolak.

Namun itu tidak bermakna anda tidak cukup bagus untuk menjalinkan hubungan dengan mereka. Mungkin dengan orang lain, salam perkenalan yang anda hulurkan akan bersambut jika ianya kena dengan situasi atau status seseorang itu.

2. Buang rasa malu
Kebanyakan lelaki atau wanita gagal untuk memulakan perkenalan yang baru di dalam hidup mereka kerana memiliki rasa malu yang sangat tebal

Perasaan itu perlu dikikis kerana ramai orang yang kurang gemar untuk bersahabat dengan seseorang yang terlalu pemalu. Apatah lagi jika anda malu tidak bertempat atau untuk perkara yang seharusnya anda tidak perlu malu.

Cubalah bersikap terbuka kerana sikap sebegitu membuatkan orang lain selesa untuk mendampingi anda. Malah lelaki atau wanita paling suka jika pasangan mereka bersikap positif dan terbuka dengan apa sahaja situasi yang mereka lalui.

3. Belajar memahami

Sebagai lelaki mereka perlu memahami reaksi yang ditunjukkan oleh seseorang wanita dengan salam perkenalan yang dihulurkan. Jika mereka menunjukkan reaksi positif, anda jangan teragak-agak untuk meneruskan perhubungan tersebut.

Namun jika wanita tersebut berusaha melarikan diri daripada anda dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah, jangan sekali-kali mendesak. belajar menerima keputusan yang dibuat olehnya.

Sementara itu bagi golongan wanita pula, anda mestilah menunjukkan sikap sabar di dalam perhubungan yang terjalin. Lelaki tidak suka dengan wanita yang gelojoh kerana beranggapan wanita sebegitu sebagai murah atau sudah terdesak untuk mencari calon suami.

4. Ingat nama dan simpan nombor telefonnya
Tidak kira lelaki atau wanita, anda jangan sekali-kali lupa akan nama teman barumu itu. Jika anda terlupa, itu bermakna anda tidak merasakan kehadiran mereka penting dalam hidup mereka.

Itu membuatkan mereka akan berkecil hati walaupun hakikat sebenarnya anda sangat teringin untuk mempereratkan perhubungan yang baru terjalin. Selain itu anda juga perlu menyimpan nombor telefonnnya.

Maklumlah jika si dia menghantar SMS kepada anda, tidaklah anda tertanya-tanya siapa yang menghantarnya. Jika anda membalas SMS tersebut dengan pertanyaan 'siapa ni?', sudah pasti perhubungan yang baru sahaja terjalin akan putus di pertengahan jalan.

5. Bersikap positif
Di dalam proses menjalinkan perhubungan yang baru, sikap positif dan saling bertolak ansur sangat penting. Golongan wanita tidak menyukai lelaki yang bersikap terlalu kasar. Apatah lagi jika anda baru berkenalan dengannya.

Manakala golongan lelaki pula tidak gemar dengan wanita yang terlalu suka mengongkong dan terlalu mengambil tahu akan dirinya. Maklumlah anda berdua baru sahaja perkenalan. Jadi tidak perlulah anda menjaganya mengalahkan ibunya sendiri.

Di dalam aspek ini anda berdua perlu bijak menjaga hati masing-masing dan belajar untuk memahami karektor teman baru anda. Berikan dia masa untuk menyesuaikan diri dengan anda dan percayalah sikap sabar yang anda tunjukkan itu pasti berbaloi pada masa yang akan datang.
Read More

© Endless CINTA, AllRightsReserved.

Edited by Blogger Mengiring