1) Cinta Sayang
Bermula
dengan jalinan persahabatan yang cenderung kepada ambil berat dan
timbul perasaan sayang dalam hubungan yang akrab. Bicara dengan
orang yang dia merasa senang atau sukai, atau bertukar-tukar kisah
peribadi untuk dikongsi bersama. Hubungan semacam ini yang
mengandungi unsur akrab, nafsu berahi dan jalinan yang kuat. Cinta
ini ramai tidak sedari, kerana ia lahir secara tiba-tiba.
2) Cinta Buta
2) Cinta Buta
Jenis
cinta ini dikuasai oleh nafsu berahi. Tiada ikatan keakraban atau
jalinan yang akrab. Banyak dipengaruhi oleh dorongan nafsu atau
keinginan untuk memiliki secara dasar sahaja. Di lubuk hati masih
lagi dalam curiga antara hendak atau tidak. Cinta ini tidak kekal
lama kerana hanya pada zahir sahaja dia suka, tetapi batinnya
menolak untuk terus bersama.
3) Cinta Simpati
3) Cinta Simpati
Cinta
ini lahir dari perasaan simpati semata-mata tanpa mendalami
perasaan pasangan yang dicintainya. Ada juga disebabkan desakan
atau tetiba terasa simpati. Cinta ini amat sukar untuk diketahui
sejauh mana kekalnya pasangan bercinta. Apa pun elakkan dari cinta
ini kerana ianya hanya bersifat sementara.
4) Cinta Paras Rupa
4) Cinta Paras Rupa
Cinta
jenis ini hanya meminati seseorang hanya kerana paras rupa
sahaja. Cinta ini hanya pada dasar sahaja tanpa menyelami hati
budi secara dalaman. Lahir dan batin tidak akan sama, mungkin
cantik diluar tetapi busuk didalam. Maka itu jangan mudah buat
andaian secara luaran. Perlu selami hati budi dan nilai sejauh
mana keikhlasan cintanya.
5) Cinta Romantik
5) Cinta Romantik
Jalinan
cinta ini adalah gabungan dari sifat akrab dan kasih sayang.
Menyintai pasangan sepenuh hati dan tidak didorong oleh nafsu.
Cinta ini cenderung dalam penyampaian perbuatan atau perhatian
ambil berat. Cinta ini unik kerana gabungan dari perasaan dan
perbuatan sebagai tempat untuk luahkan cintanya.
6) Cinta Nafsu
6) Cinta Nafsu
Cinta
ini hanya dikawal atau didorong oleh perasaan nafsu berahi.
Meminati pasangan lebih kepada tubuh badan berbanding untuk
menikmati cinta perasaannya yang sebenar. Cinta ini tidak lama,
selepas dapat apa yang dihajati, pasangan ditinggalkan. Cinta
jenis ini amat mudah untuk dikenali, yang pada kebiasaannya lebih
ditunjukkan dengan perbuatan sumbang tanpa kerelaan atau kebenaran
pasangannya terlebih dahulu.
7) Cinta materialistik
7) Cinta materialistik
Cinta
ini juga dikenali sebagai cinta harta benda. Cinta lebih kepada
duit poket atau kedudukan atau taraf individu itu. Tidak ikhlas
dan tiada jalinan persahabatan yang akrab. Cinta ini penuh
kepuraan atau lakonan hanya sekadar dapat memenuhi keinginan untuk
mendapat sesuatu yang dia tidak mampu.
8) Cinta Biasan
8) Cinta Biasan
Cinta
ini dikenali juga sebagai cinta paksaan. Terpaksa minati
pasangannya tanpa jalinan keakraban atau perasaan ikhlas untuk
menerima pasangan sepenuh hati. Atas desakan atau paksaan, maka
mereka teruskan hidup bersama, akibatnya pasangan merana jiwa dan
batin. Ada pasangan yang berjaya ubah perasaannya dan ada juga
pasangan yang sebaliknya.
9) Cinta Kecundang
9) Cinta Kecundang
Cinta
ini ada unsur jalinan tetapi tanpa keakraban dan nafsu berahi,
maka terjadilah cinta hampa atau cinta kecundang. Biasanya terjadi
pada pasangan yang tidak mahu memahami atau menerima pasangan
mereka secara rasional. Lebih banyak dikuasai oleh sifat tidak
puas hati terhadap pasangan yang dikenali.
10) Cinta Sempurna
10) Cinta Sempurna
Cinta
ini amat sukar dicari. Terlalu sempurna dalam penerimaan
pasangannya. Gabungan perasaan dan fikiran yang rasional,
memberikan kesan cinta yang menarik. Insan ini cenderung dalam
membelai, menyayangi, menghargai dan menghormati pasangannya.
Cinta ini disampaikan dengan perbuatan dan perasaan yang ikhlas.
Cinta atau nafsu itu merupakan suatu keinginan yang bermula dari jiwa, mempunyai tujuan dan tugas yang berbeza. Cinta dalam bentuk kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita itu memerlukan bukti. Samada melalui kata-kata mahupun perbuatan. Banyak kita temui orang yang mengaku bahawa dia mencintai seseorang, namun hanya sekadar ungkapan sahaja, tidak terbukti secara nyata dalam bentuk cinta yang sempurna.
Apabila kita sudah jatuh cinta, elakkan diri dikuasai oleh emosi cinta. Cinta boleh menguasai manusia dan setiap perbuatan boleh menjadi luar biasa atau diluar batasan peribadi. Kita harus mengawal diri dengan tindakan yang lebih berhati-hati, tidak kira situasi samada dalam bentuk ungkapan atau perbuatan.
Cinta atau nafsu itu merupakan suatu keinginan yang bermula dari jiwa, mempunyai tujuan dan tugas yang berbeza. Cinta dalam bentuk kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita itu memerlukan bukti. Samada melalui kata-kata mahupun perbuatan. Banyak kita temui orang yang mengaku bahawa dia mencintai seseorang, namun hanya sekadar ungkapan sahaja, tidak terbukti secara nyata dalam bentuk cinta yang sempurna.
Apabila kita sudah jatuh cinta, elakkan diri dikuasai oleh emosi cinta. Cinta boleh menguasai manusia dan setiap perbuatan boleh menjadi luar biasa atau diluar batasan peribadi. Kita harus mengawal diri dengan tindakan yang lebih berhati-hati, tidak kira situasi samada dalam bentuk ungkapan atau perbuatan.
0 comments:
Post a Comment