Endless CINTA

LOVE is universal, How we spread the LOVE? The Answer is here...

Monday, June 23, 2014

Tips Mengelak dari Penyakit


Apabila berkata tentang kesihatan tubuh badan, sudah pasti faktor pemakanan dan kekerapan bersenam sering kali terlintas di kotak fikiran kita. Namun begitu, kita mungkin lupa bahawa faktor kebersihan juga merupakan salah satu faktor yang mampu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan kita.

Kali ini, aku ingin kongsikan sedikit informasi berguna kepada semua pembaca blog ini. Tips kali ini adalah berkaitan mengelakkan diri dari terkena sebarang penyakit, Insya Allah.

Berikut ialah cara-cara kebersihan, mengelakkan penyakit dan seumpamanya yang berkaitan dengan kesihatan yang dipetik dari amalan Rasulullah SAW dan pengamal perubatan Islam.
1 - Allah tidak menjadikan penyakit melainkan dijadikan-Nya juga ubatnya, kecuali mati. Firman Allah SWT bahawa siapa yang hidup menurut petunjuk Al-Qur’an akan lanjut usianya.
2 - Asal segala penyakit ialah makan. Oleh itu, makanlah apabila anda kehendaki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu.
3 - Perut rumah penyakit dan puasa raja segala ubat. Oleh itu, jadikanlah ia kebiasaan anda.
4 - Pada pandangan Allah makanan yang paling baik ialah makanan yang di makan beramai-ramai.
5 - Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan, makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim, makan dengan dua orang lain ialah makan dengan para Nabi a.s.
6 - Biarkan makananmu agak sejuk sebelum memakannya, kerana makanan yang panas itu tidak berkat.
7 - Apabila makan, tanggalkan kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih rehat. Inilah nasihat yang baik.
8 - Ada keberkatan pada makanan ditengah pinggan. Oleh itu, mulakan makan makanan yang di tepi pinggan dahulu, bukan mula dari tengah. (Pengertian hadith ini ialah seseorang itu hendaklah jangan tamak iaitu mementingkan diri sendiri dan hendaklah membenarkan orang lain sama mendapat berkat, jangan seorang diri saja).
9 - Ada keberkatan dalam tiga perkara: dalam sarapan pagi, dalam roti, dan dalam sup.
10 - Berus gigi dengan ‘miswak’ (berus gigi kayu yang biasanya dibuat daripada dahan pokok (pokok pelu) selepas makan dan kemudian berkumur – kumur, kerana kedua – keduanya amalan ini adalah penjaga gigi.
11 - Gunakan ‘miswak’ kerana amalan ini datang kebersihan, dan kebersihan datang dari iman, dan iman membawa orang itu ke Syurga.
12 - Makanan dalam pinggan itu memohon rahmat bagi orang yang makan hingga habis langsung (iaitu tidak membazir).
13 - Makan bersama barulah bersurai, kerana keberkatan itu ada dalam kumpulan.
14 - Kurang makan kurang dosa.
15 - Mengumpulkan dalam perkara berikut adalah dilarang iaitu mengumpul gandum, barli, kismis, seko, lemak, madu, lebah, keju, sejenis pokok yang buahnya berkulit keras dan boleh dimakan (walnut) dan zaitun.
16 - Jangan minum berdiri kecuali orang yang berpenyakit senggal pada pangkal paha (sciatica).
17 - Sarapan pagi waktu fajar (dini hari) ada berkatnya.
18 - Ketika Rasul SAW mikra’j, tidak ada seorang Malaikat pun yang tidak berkata, “Wahai Muhamad s.a.w beritahu umatmu supaya berbekam". Rawatan yang paling baik ialah berbekam, ketumbar dan costus (sejenis herba).
19 - Siapa yang sakit 7 hari, maka ia adalah penebus dosa 70 tahun.
20 - Tidak ada sakit seperti sakit dalam mata dan tidak ada kerunsingan kerana berhutang.
21 - Apabila nabi Muhamad s.a.w melawat orang sakit, baginda biasanya berkata: “Hindarlah pedaya iblis, kekuatan itu dengan Allah, sembuh dan disembuhkan, tidak ada yang menyembuhkan melainkan Allah“.
Read More

Sunday, June 15, 2014

Ciri-ciri orang yang mencintai kamu


Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan senarai ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang... menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.. untuk pedoman bersama :)

- Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

- Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

- Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

- Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

- Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

- Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

- Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

- Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

- Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

- Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

- Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

- Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

- Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

- Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

- Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'

- Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

- Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

- Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

- Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

- Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

- Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

- Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

- Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"
Read More

Tips goda bekas kekasih


Suatu masa dahulu, kamu dan si dia memang dikenali sebagai pasangan kekasih yang paling serasi dan ideal di kalangan rakan-rakan. Namun apakan daya, disangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari.

Untuk mengubati hati yang kecewa, kamu tanpa berfikir panjang terus sahaja memutuskan perhubungan yang telah sekian lama terbina. Namun selepas berpisah dan kehilangannya, barulah kamu sedari betapa pentingnya si dia dalam hidup kamu dan kamu tidak mampu hidup tanpanya di sisi.

Ketika itu barulah kamu sedar betapa bodohnya tindakan kamu yang mahu memutuskan ikatan cinta tersebut. Malah walaupun hadir beberapa calon lain yang mahu mengisi kekosongan hati, kamu tetap tidak dapat melupakan si dia kerana dia terbaik buat dirimu. Namun masih ada harapankah untuk kamu kembali kepada si dia sedangkan hatinya telah kamu lukai. Ibarat kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak tindakan tidak berguna lagi.

Bagaimanapun kamu jangan terlalu bimbang kerana terdapat beberapa panduan yang boleh kamu lakukan untuk menggoda bekas kekasihmu itu. Apa yang penting, kamu mesti berusaha bersungguh-sunguh dan nekad dengan apa yang kamu lakukan. Tetapi awas, jangan sekali-kali ulangi kesilapan lalu, kerana sekali dia terluka pastinya akan dikenang sampai bila-bila.

1. Pastikan si dia belum berpunya
Tugas kamu akan menjadi lebih mudah jika si dia masih solo dan belum mempunyai pengganti selepas putus kasih dengan kamu. Ketika ini pelbagai cara kamu boleh lakukan kerana kamu tidak perlu bimbang dengan kehadiran teman barunya. Semangat yang tinggi dan usaha kamu yang tidak henti-henti pasti mampu mencairkan hatinya yang masih kosong.

2. SMS prihatin
Layangkan beberapa SMS yang menunjukkan kamu masih prihatin dan mengambil berat tentang dirinya walaupun di antara kamu berdua sudah tiada sebarang hubungan istimewa lagi. Walaupun sekadar SMS bertanya khabar, si dia pasti akan menghargainya. Sesekali, cuba kirimkan SMS yang berbau romantik dengan kata-kata yang puitis.

Sebagai permulaan, kirmkan SMS yang biasa-biasa sahaja supaya dia faham akan maksud yang terpendam di sebalik kiriman SMS tersebut. Jika si dia memberikan respon, barulah kamu menjalankan langkah yang seterusnya. Apa yang penting jangan sekali-kali memaksa atau memberikan tekanan padanya. Biarkan segala-galanya berjalan secara semulajadi supaya dia tahu keikhlasan kamu.

3. Kesinambungan
Setiap kali selepas kamu menghantar SMS atau bertemu dengannya, akhirinya dengan kata-kata seperti, 'esok kita jumpa lagi ya' atau 'jaga diri elok-elok'. Kamu perlu melakukannya supaya hubungan yang baru terjalin semula tidak putus begitu sahaja. Kesinambungan sangat penting kerana ia memberikan petanda bahawa anda selesa dengan kehadirannya dan mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama-sama dengannya.

Lebih romantik, jika anda meminta pertolongan kecil daripadanya seperti meminta si dia menemani anda membeli-belah atau menonton wayang. Jika si dia bersetuju, itu maknanya dia sudah bersedia untuk kembali menyambung kasih dengan kamu. Jika dia enggan, jangan memaksa dan berikan masa kepadanya. Ini kerana bukan mudah seseorang itu untuk kembali kepada bekas kekasih selepas dikecewakan.

4. Hangatkan kembali kenangan indah
Ini tugas penting yang perlu kamu lakukan. Apabila berpeluang bertemu dengannya, cuba ingatkannya kembali kenangan manis yang terjalin di antara kamu dan si dia. Pastikan cerita tersebut boleh membuatkannya kembali senyum dan ketawa. Jangan sekali-kali membangkitkan kemarahannya melalui kenangan yang mengecewakan hatinya.

Paling bagus, jika kamu berjaya mengimbau kembali kenangan menyambut ulang tahun percintaan pertama kamu dengan si dia. Ini kerana kenangan tersebut biasanya sangat indah dan sukar untuk dilupakan dalam masa yang singkat.

5. Risik dari teman baiknya
Jika si dia masih belum menunjukkan respon sepertimana yang kamu harapkan, apa kata risik daripada teman baiknya tentang perasaan sebenar si dia. Jika si dia sudah tidak boleh menerima kamu, lebih baik undur diri kerana tidak guna mengharapkan orang yang tidak sudi.

Namun jika info yang kamu dapati daripada teman baiknya menunjukkan yang kamu masih mempunyai peluang, jangan sekali-kali lepaskannya. Berusahalah bersungguh-sungguh kerana teman baiknya itu pasti boleh memainkan peranan sehingga si dia kembali terpaut sayang kepada anda.

6. Berterus-terang
Sekiranya kamu dan si dia semakin intim, rasanya tidak salah untuk kamu berterus-terang menyatakan bahawa kamu masih mencintanya dan mahu kembali kepadanya sebagai pasangan kekasih. Kalau boleh nyatakan perasaan kamu kepadanya dengan ikhlas dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang pernah kamu lakukan sebelum ini.

Jangan desak si dia kerana kamu pastinya mengharapkan cinta yang ikhlas dan bukan atas dasar simpati semata-mata. Dengan segala usaha yang telah kamu lakukan, si dia pasti sedar dan yakin dengan kesungguhan yang kamu tunjukkan. Jika si dia kembali kepadamu semula, tawanlah hatinya sehabis daya dan kalu boleh ikatlah si dia dengan ikatan yang lebih kukuh.
Read More

Ketahui ciri lelaki dingin seks



Ramai wanita menyangka bahawa lelaki sentiasa bersedia atau berkemampuan untuk melakukan hubungan seks. Sangkaan ini berpunca daripada sikap lelaki yang mudah bangkit nafsu syahwatnya dan lelakilah yang biasanya mengajak untuk memulakan acara seks. Sebenarnya tidak ada lelaki yang cukup responsif dan menegang zakarnya dengan cukup melainkan keadaan dirinya bersedia atau syarat untuk meningkatnya ghairah dapat dipenuhi dengan munasabah.

Tindakbalas seksual bagi lelaki nampaknya menurun apabila meningkatnya umur lelaki. Semasa remaja, sistem saraf seksual lelaki amat mudah terangsang, hal-hal yang kecil bisa menyebabkan zakar tegang. Bila lelaki bertambah dewasa mekanisma ketegangan kurang terangsang, ini bersebab dari berbagai perkara.

Untuk membolehkan lelaki bertindakbalas kepada seks dengan baik, syarat-syaratnya adalah sebagaimana berikut: 
1- Tidak terlalu letih.
2- Tidak ujud ketidak selesaan fizikal yang berat seperti sakit kepala, ataupun sakit pinggang.
3- Emosi tidak terganggu seperti rasa bersalah, kecewa, marah, risau atau fikiran kacau atau rasa rendah diri.
4- Ujudnya dorongan atau minat untuk melakukan seks. Sepatutnya lelaki bergantung kepada perasaan sendiri, bukan kepada situasi. Jika isteri mahu jima' dan suami tidak breezed, suami boleh membantu isteri untuk inzal dengan cara selain jima'.
5- Berminat dan tertarik kepada pasangan.
6- Tidak ujud perasaan risau mengenai betapa baguskah dirinya dalam jima' dan apakah perasaan isteri mengenai dirinya dalam jima'.
7- Tidak ujud tekanan dalam perhubungan (contohnya perselisihan).
8- Ujudnya ransangan mental dan fizikan yang cukup. Semasa tua, lelaki perlu lebih banyak ransangan fizikal terhadap zakar.
9- Ujud sekitaran fizikal yang cukup iaitu tiada gangguan, tidak diketahui atau didengari oleh orang yang berhampiran, tiada gangguan telefon, atau cuaca tidak terlalu panas atau sejuk.
10- Tidak meminum arak atau mengambil dadah. Lelaki yang mempunyai masalah zakar tidak tegang perlu menjauhi arak dan dadah.

Jenis pekerjaan yang banyak memeras otak dianggap cepat meletihkan mental, begitu juga pejabat yang berhawa dingin cepat meletihkan fizikal. Tidak hairanlah pada zaman ini ramai lelaki yang pulang ke rumah dalam keadaan yang terlalu letih dan mungkin tertidur sebelum menyedari bahawa pada ketika itu isteri sudah memerlukan atau bersedia untuk melakukan hubungan seks. Sebagai isteri, patutlah difahami kedudukan perkara ini dan sebab musababnya.
Read More

Tips menghadapi pertengkaran


Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian.

Hakikat Pertengkaran 


1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.


2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya. 


3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.


4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.


5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.


6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.

Petua-Petua Menghadapi Pertengkaran 


1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah secara bersama.


2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana.


3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.


4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti:-



"Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.  

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.


6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran
kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.


7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.


8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena ini akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.
Read More

Amalkan budaya nasihat


Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.

DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup. 

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.

Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62. 

Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu. 

"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita." 

Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif. 

Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin. 

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103. 

Sumber : Kosmo! Online 28 Mei 2011
Read More

Cara mudah untuk tampil menawan


Sudah menjadi lumrah, hati manusia inginkan kesempurnaan dan kecantikan. Kecantikan yang ditonjolkan dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan setiap orang. Si lelaki mahu kelihatan tampan di mata si gadis, manakala si gadis mahu kelihatan anggun di mata si lelaki. Hal ini adalah lumrah kehidupan dan tiada siapa dapat lari daripada hakikat ini.
Untuk kelihatan menawan, kita tidak semestinya memerlukan kelengkapan make-up bernilai ratusan ringgit. Apa yang penting adalah bagaimana anda menggunakan make-up tersebut. 

Kali ini, saya ini kongsikan beberapa tips mudah untul anda tampil menawan... 

1. Jangan keterlaluan
Anda tidak perlu mengenakan solekan yang keterlaluan untuk kelihatan cantik kerana ia akan mencacatkan penampilan anda. Oleh itu, elakkan memakai penggaris mata yang terlalu gelap dan tebal kerana anda akan kelihatan keterlaluan dan merosakkan solekan anda. Selain itu, memakai maskara juga perlu bersesuaian dengan mata. Memakai terlalu banyak maskara menyebabkan bulu mata anda kelihatan seperti palsu.
 
Begitu juga dengan bedak asas, is perlu sesuai dengan warna kulit muka. Jika tidak, wajah akan kelihatan terlalu gelap atau terlalu cerah daripada warna sebenar kulit anda. Jangan keterlaluan ketika mengenakan solekan agar wajah anda akan kelihatan cantik semulajadi.

2. Mengenakan gincu dengan betul
Mengenakan gincu perlu disesuaikan dengan bentuk bibir dan warna kulit. Agar sapuan gincu kelihatan cantik, terlebih dahulu gariskan bibir anda dengan penggaris bibir agar ia terbentuk dengan sempurna dan pastikan garisan bibir tersebut tidak kelihatan. Jangan mengenakan garisan di luar bibir jika mahu bibir anda kelihatan tebal kerana ia akan nampak tidak semula jadi.

3. Sesuaikan solekan dengan majlis yang dihadiri
Menghadiri sesuatu majlis atau sebarang aktiviti memerlukan anda mengenakan solekan yang berbeza. Oleh itu, anda perlu bijak dalam mengenakan solekan agar anda tidak akan kelihatan pelik ketika menghadiri majlis atau aktiviti tersebut.


Amat tidak bersesuaian untuk anda jika mengenakan solekan yang tebal untuk melakukan aktiviti riadah di tepi pantai. Selain itu, anda perlu bijak membezakan antara solekan siang dan solekan malam.

4. Jangan ragu-ragu mengenakan solekan
Ada wanita yang masih ragu-ragu untuk mengenakan sebarang solekan kerana khuatir akan kelihatan pelik atau keterlaluan. Usah bimbang kerana anda hanya mulakan dengan solekan yang nipis dan gunakan warna yang lembut. Mengenakan solekan yang nipis lebih baik daripada tidak mengenakan sebarang solekan langsung.


5. Mengenal pasti keseluruhan penampilan anda
Penting untuk anda mengenal pasti apa yang bersesuaian dengan warna kulit, rambut dan juga bentuk muka dan badan. Pilih solekan yang sesuai dengan warna kulit agar ia kelihatan semula jadi. Contohnya, jika berkulit gelap, anda perlu mengenakan solekan dengan warna yang gelap. Selain itu, kenal pasti jenis kulit anda sama ada berminyak atau kering. Kulit yang berminyak memerlukan anda memakai pelembab yang mengawal minyak.


6. Memilih warna rambut yang sesuai
Sama seperti solekan, warna rambut juga perlu disesuaikan dengan warna kulit anda. Warna kulit yang cerah perlu disesuaikan dengan mewarnakan rambut dengan warna yang cerah begitu juga sebaliknya. 


7. Sentuhan terakhir
Setelah mengenakan solekan dengan sempurna, pastikan anda sentiasa touch up agar solekan anda tidak hilang atau pudar.


Read More

Doa untuk menghadapi peperiksaan


Salam  buat semua. Mesti kawan-kawan  sekarang sedang sibuk mengulang kaji pelajaran. Al-maklumlah, "final year exam" semakin hampir. Dengan usaha yang telah kita usahakan, insya Allah tuhan akan memberi kejayaan kepada kita. Tapi, kawan-kawan jangan pula lupa untuk berdoa kepada-Nya. Bak kata orang, usaha sahaja tidak memadai, disamping usaha, kita perlu berdoa dan akhir sekali kita mesti tawakal atas apa y telah kita lakukan. Kali ni, aku ingin kongsikan sedikit doa-doa yang aku amalkan untuk menghadapi musim peperiksaan. Smoga ianya berguna juga buat kawan2 sekalian... ^_^ 
 
- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. 

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.


Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

  وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


2. Ketika menerima kertas soalan:   

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي. 


Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:   ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً` .

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

 
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku


Read More

Perkahwinan menurut pandangan islam


HAKIKAT PERKAHWINAN

Semua insan di muka bumi ini ingin mendirikan rumahtangga yang bahgia dan kekal untuk selamanya. Kesejahteraan yang di impikan pasti akan berkubur jika sekiranya kita tidak tahu apakah tujuan sebenar ikatan suci yang bakal terjalin diantara seorang lelaki dan seorang perempuan. Mudah untuk mendirikan rumahtangga, tetapi amat sukar untuk melaksanakan tanggungjawab yang bakal dipikul oleh insan yang bergelar suami dan isteri. La Tahzan ingin berkongsi sedikit ilmu yang dipelajari hasil daripada pembacaan masa lalu. Semoga info kali ini dapat dimanfaatkan dan memberi kebahagiaan kepada semua.



A) Tujuan Perkahwinan

Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dengan kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan. Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani maupun rohani. Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ianya tak mudah dilupakan bagi orang-orang beriman.

IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon suami.

QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu. Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.

B) Walimatul Urus

Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah dan walimah dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah:

1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah

2. Menghindari daripada perbuatan membazir
3. Mengundang fakir miskin

C) Hikmah Perkahwinan

Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan semua hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya kepercayaam pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibubapa adalah orang pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman. Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Kaum lelaki (suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita (isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..." (An-Nisa':34)

Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik aialah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di kala suami tiada di rumah. Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.
Read More

Solat Istikharah - Cara dan Doa


Solat Sunat Istikharah 

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya. 

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW: 


doa-istikhaerah 

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
Read More

Kesan sumbang mahram

 

Apakah maksud sumbang mahram?

  • Sumbang mahram adalah hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam.
  • Contoh:
    • Hubungan jenis antara remaja dengan ibubapa mereka, adik beradik, ibubapa saudara, datuk dan sebagainya.

  • Kini, sumbang mahram telah dikenalpasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial.

Siapakah yang berisiko tinggi?






  • Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai kanak-kanak terdedah    kepada risiko yang lebih tinggi bagi mengalami sumbang mahram.

  • Apakah yang boleh saya lakukan jika saya menjadi mangsa sumbang mahram?

    • Ini bukan salah anda.
    • Sumbang mahram satu jenayah yang boleh dihukum.
    • Anda perlu memaklumkan kepada seorang dewasa yang anda boleh percayai(guru, kakak, ibu).
    • Perkara ini perlu didedahkan. Ia tidak pernah menjadi satu perkara yang terlewat untuk didedahkan. Walaupun ia adalah perkara yang telah lama berlaku, anda masih boleh mendapatkan pertolongan.
    • Diri anda adalah tanggungjawab anda.

    Apakah yang akan terjadi kepada saya apabila perkara sebenar ini diketahui?

    • Ini bukan salah anda.
    • Anda tidak bertanggungjawab di atas apa yang telah terjadi. Anda tidak keseorangan, bantuan sentiasa ada disisi anda.
    • Berkongsilah masalah anda dengan orang dewasa yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai, kawan, guru dan kaunselor.
    • Jika anda tidak mendapat sokongan, dapatkan bantuan dari tempat lain seperti berjumpa dengan doktor anda

    Untuk keselamatan anda, anda akan dirujuk kepada :
    • Doktor
    • Polis
    • Pekerja sosial
    • Kaunselor
    • Rumah atau tempat perlindungan sementara jika perlu

    Apakah yang terjadi kepada pesalahlaku?

    Adalah penting bagi mangsa sumbang mahram mendapat sokongan dan perlindungan.
    Untuk maklumat selanjutnya rujuk Penderaan seksual.

    Apakah kumpulan sokongan yang ada di Malaysia?







  • Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan beliau yang tinggal    serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk    penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri.
  •  
  • Buat masa ini, Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang khusus untuk kesalahan. Sumbang Mahram. Ia termasuk dalam kanun keseksaan Seksyen 375 and 376 iaitu kesalahan merogol
  •  
  • Rogol ialah hubungan seks antara seorang lelaki dan seorang wanita yang bukan isterinya dan tanpa kebenaran wanita tersebut, manakala "statutory rape" ialah hubungan seks dengan seorang perempuan di bawah umur 16 tahun, walaupun dengan kebenaran perempuan tersebut.

  • Hukuman :
    Minima lima tahun penjara dan maksima dua puluh tahun termasuk sebatan.

    Apakah kesan sumbang mahram terhadap mangsa?

    Sebilangan besar mangsa mengalami kesan negatif yang serius sehingga memerlukan terapi apabila mereka meningkat dewasa. Antara kesan-kesan negatif ini adalah :
    • Hilang kepercayaan pada orang lain
    • Takutkan hubungan intim
    • Murung
    • Rasa ingin bunuh diri
    • Tingkah laku yang merosakkan diri sendiri
    • Keyakinan diri yang rendah
    • Rasa bersalah dan marah
    • Rasa terasing dari masyarakat/keluarga
    • Penyalahgunaan dadah
    • Masalah pemakanan
    • Masalah personaliti
    Pengalaman yang buruk atau traumatik yang tanpa rawatan sewajarnya boleh menyebabkan Post Stress Traumatic Disorder (PSTD) dan menjejaskan kesihatan mental survivor.
    Ramai mangsa sumbang mahram tidak melaporkan perbuatan ini atau tidak memberitahu ibu kerana khuatir ayah/saudara mereka mendapat kesusahan, contohnya dipenjarakan. Kadangkala terdapat juga ibu-ibu yang tidak menyokong anak mereka jika pesalah adalah orang yang menyara keluarga.

    Kesan negatif yang serius biasanya terjadi jika mangsa :

    1- Tidak meminta bantuan daripada ahli keluarga yang lain.
    2 - Tidak mendapatkan sokongan dan kaunseling.
    3- Dianiaya dalam jangka masa yang lama 

  • Read More

    © Endless CINTA, AllRightsReserved.

    Edited by Blogger Mengiring