Endless CINTA

LOVE is universal, How we spread the LOVE? The Answer is here...

Monday, December 15, 2014

Tips menjaga penampilan lelaki

Penampilan personaliti sememangnya menjadi aset penting kepada setiap orang terumatanya golongan wanita. Namun, golongan lelaki juga tidak boleh memandang remeh akan perkara ini. Amat penting bagi seseorang lelaki untuk nampak bergaya dan"macho" dalam menjalankan pelbagai aktiviti harian. Ini kerana, penampilan yang menarik memberi keyakinan dan meningkatkan aura dalaman. Sebagai contoh, pemakaian warna-warna ceria menimbulkan rasa gembira dalam diri kita. 


Kali ini, Aku ingin berkongsi sedikit tips / petua bagi menjaga penampilan diri khususnya golongan lelaki. 

1. Sentiasa tukar cadar dan sarung bantal

Cadar dan sarung bantal adalah salah satu penyebab masalah kulit wajah. Apabila kulit wajah terkena pada permukaan fabrik cadar dan sarung bantal, kotoran dan bakteria itu akan melekat. Ia akan menutup liang-liang roma dan keadaan ini menyebabkan terjadinya jerawat. Oleh itu gantikan cadar dan sarung bantal anda dengan lebih kerap.

2. Syampu rambut tidak lebih dari sekali sehari

Sebaik-baiknya kamu perlu mencuci rambut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu sahaja dan pilihlah syampu yang bersesuaian untuk rambut kamu. Selepas bersyampu, pastikan kamu gunakan perapi bagi melembap dan melembutkan rambut.

3. Floss gigi setiap hari dan lakukan pemutihan gigi setiap 6 bulan

Untuk senyuman yang menawan, anda perlu rajin memberus gigi dan lakukan proses floss setiap hari. Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah bau mulut tetapi juga dapat menanggalkan sisa-sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi. Untuk menjadikan gigi lebih putih, kamu juga disarankan untuk melakukan proses pemutihan gigi 6 bulan sekali. Selepas seminggu melakukan proses pemutihan, elakkan mengambil makanan yang meninggalkan kesan di gigi seperti kopi, sos soya..

4. Gunting rambut setiap 3 – 6 minggu sekali

Sentiasa tampil dengan rambut yang digunting rapi agar kelihatan kacak dan bergaya. Kamu tidak perlu bersusah-payah menghabiskan duit,sebaliknya kamu boleh ke kedai gunting biasa yang lebih murah harga perkhidmatannya. Murah dan cepat. Sekiranya kamu mempunyai salun yang sering kamu kunjungi, pastinya pendandan rambut yang selalu memotong rambut kamu sudah tahu potongan rambut yang sesuai dan jangan lupa rapikan rambut kamu sebelum keluar rumah.

5. Pemakaian minyak rambut yang sesuai

Rambut adalah aset yang penting bagi lelaki, pilihlah yang bersesuai dengan rambut kamu. Jangan suka bertukar-tukar minyak rambut kerana ianya akan menyebabkan rambut cepat rosak . Tak mustahil rambut akan rosak seperti tumbuh rambut seperti uban.Jangan juga memakai jenis minyak rambut yang berminyak ianya juga boleh menyebab jerawat di bahagian dahi.

6. Pemakaian minyak wangi

Kalau keluar rumah jangan lupa pakai minyak wangi yang bersesuai ,jangan terlalu kuat dan terlalu menyengat. Semburkan di beberapa tempat sahaja. 

0 comments:

Post a Comment

© Endless CINTA, AllRightsReserved.

Edited by Blogger Mengiring