Endless CINTA

LOVE is universal, How we spread the LOVE? The Answer is here...

Saturday, December 13, 2014

Petua Kelihatan Cantik Dan Menarik


LAPAN petua melayu untuk si wanita agar kelihatan cantik dan menarik. Petua ini sesuai diamalkan sama ada yang sudah berkahwin atau belum untuk menarik perhatian kepada pasangan anda.

1. Amalan tidur dan bangun

Apabila hendak tidur malam, sebelum itu duduk berlunjur kemudian rebahkan badan ke tilam tanpa menongkat badan dengan tangan. Apabila mahu bangun dari katil, lunjurkan kaki dan terus bangun tanpa menongkatkan badan dengan tangan juga.
Kemudian, rapatkan kedua tapak kaki dan temukan kedua tapak kaki sekali dan tunduk ke arah kaki sambi tangan pegang pada kaki. Biarkan dalam 10 saat.

2. Wajah Suci

Waktu bangun pagi, basuh muka dengan air tanpa menggunakan sebarang pencuci muka dan jangan lap muka dengan tuala. Biarkan air di muka kering sendiri.
Ini adalah untuk mengekalkan kecantikan asli wanita dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembab asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara

Semasa mandi, terutama waktu pagi, jiruskan air pada kedua-dua belah payudara sebelum air membasahi badan supaya payudara sentiasa segar dan tidak mudah jatuh.

4. Bau Badan Semerbak

Untuk memberi bau badan tubuh sentiasa berbau wangi dan bau semerbak, amalkan makan makanan yang segar seperti ulam- ulaman yang wangi baunya. Insyaallah nafas dan badan akan berbau wangi.

5. Batin

Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu

Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7.Mengurut Pangkal Sendi

Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi ketegangan selepas kahwin nanti (dalam hubungan seks).

8. Payudara Mantap

Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

Selamat mencuba.


Jangan lupa untuk tekan butang Share selepas anda baca ♥

0 comments:

Post a Comment

© Endless CINTA, AllRightsReserved.

Edited by Blogger Mengiring