Endless CINTA

LOVE is universal, How we spread the LOVE? The Answer is here...

Tuesday, April 5, 2016

Cara alternatif menahan ejakulasi


Berapa lamakah persetubuhan yang boleh mendatangkan kepuasan? Banyak pendapat mengenai hal ini diketengahkan. Ada orang lelaki yang boleh bertahan lama sewaktu persetubuhannya. Contohnya selama 15 minit, 20 minit bahkan ada yang lebih lama lagi tanpa ejakulasi. Tetapi yang jelas faktor faktor seperti lama seseorang lelaki dapat mengawal reaksinya tanpa disusuli ejakulasi; sukar atau tidaknya wanita mencapai orgasme; kehebatan nafsu seksual mereka masing-masing; kekerapan melakukan hubungan kelamin dan lain-lain faktor banyak mempengaruhi tempoh lamanya sesuatu persetubuhan boleh berpanjangan.

Biasanya persetubuhan berlangsung selama 3-5 minit. Menurut Stekel jarang sekali seseorang lelaki dapat mempertahankan persetubuhannya lebih lama dari 5 minit. Sedang menurut Dickinson kebanyakan lelaki mempertahankan ereksinya tanpa disusli ejakulasi selama 5-10 minit. Sedangkan wanita pula boleh mencapai 10-20 minit. Akan tetapi dengan rangsangan tangan dengan vibrator atau dengan oral genital stimulation seseorang wanita biasanya dapat mencapai orgasme dalam masa empat minit.

Untuk memanjangkan waktu persetubuhan supaya kedua-dua suami-isteri dapat mencapai kepuasan orgasme pihak suami perlu mengambil langkah-langkah tertentu. Alternatif pertama ialah mereka boleh mendapat pertolongan doktor untuk memberikan ubat-ubatan yang diminum atau ubat pemati-rasa. Akan tetapi cara ini ada kesan sampingan dan bersifat sementara. Kesan sampingan adalah kemungkinan berlakunya impoten seandainya kerap menggunakan ubat-ubatan.

Alternatif kedua pula lebih menitikberatkan kemampuan semulajadi seperti cara-cara berikut. Menahan cepatnya keluar air mani dapat dilakukan dengan memerhatikan langkah-langkah berikut:

1. Setelah zakar dimasukkan ke liang faraj, maka buatlah gerakan turun-naik secara perlahan-lahan dengan diselangi istirehat.

2. Alihkan perhatian kepada soal-soal lain sewaktu sampai masanya air mani dirasakan akan keluar. Umpamanya cuba ingatkan tentang urusan serius sewaktu pejabat. Tegasnya isikanlah benak dengan hal-hal yang dapat mengalihkan pandangan dari tumpuan untuk mengeluarkan air-mani. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kekenduran pada batang zakar,dan apabila ini berlaku bolehlah disambung lagi pada gerakan untuk merangsang balik zakar. Demikian seterusnya sehinggalah isterinya mencapai orgasme. Kalau cara ini dapat dilaksanakan pasti suami dapat bersetubuh dalam waktu yang lama di mana isterinya beruntung kerana dapat mencapai orgasme dan nikmat sepuas-puasnya. 

Sehubungan dengan itu Stoppes berkata "Selamanya tak boleh dilupakan bahawa dengan tidak mendisiplinkan fikiran dan badan sendiri tidaklah akan dikecap kenikmatan di dalam pengalaman nafsu berahi. Kesedapan yang penuh biarpun hanya jasmani semata-mata cuma boleh direbut oleh orang yang pandai memotong tujuh perjalanan nafsunya".

3. Menahan nafas sewaktu merasakan akan keluarnya air-mani akan melambatkan pengeluarannya kerana zakar akan menjadi keras.

Perlu diketahui bahawa mani itu mudah keluar kalau keadaan zakar adalah tidak  cukup keras. Tetapi kalau sempurna keras dan tegangnya, sukarlah air mani berlalu. Dengan menahan nafas dengan sendirinya zakar yang sedang dalam keadaan ereksi menjadi semakin tegang. Ini disebabkan oleh kerana udara yang masuk berkumpul ke dalam dada dan perut agak banyak. Apabila ditahan di dalam perut maka pengaruhnya mendesak darah menuju ke zakar sehinggakan zakar akan menjadi semakin keras dan kembung. Kekembungan ini menekan lubang zakar tadi serapat-rapatnya sehingga Aliran tempat lalunya air mani terhambat dan tidak dapat keluar.

Alternatif ketiga adalah dengan memakai kondom sewaktu bersetubuh. Dengan demikian rasa pergeseran batang zakar di dalam liang faraj tidak begitu merangsang. Walau bagaimanapun cara ini tidak begitu disenangi baik dari pihak suami mahupun isteri.

Alternatif keempat ialah melakukan latihan-latihan guna menguatkan dan mengetatkan otot-otot pada dubur dan pada otot-otot yang membentang dari dubur sampai ke scrotum (kantung pelir) lelaki.

Alternatif kelima pula merupakan mengambil posisi duduk atau posisi lelaki di bawah dan dan perempuan diatas. Kedua teknik di atas memungkin tekanan pada kelentit yang merupakan pusat rangsangan yang dapat dikemudikan oleh pihak wanita. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk wanita mencapai orgasme.

Cara-cara di atas yang telah dibentangkan merupakan kaedah-kaedah untuk mencapai orgasme yang ideal. Akan tetapi berjaya atau tidaknya mempraktikkan cara-cara ini bergantung pada individu itu sendiri. Yang lebih baik adalah sifat saling bantu-membantu dan faham-memahami. Seperti halnya seorang suami boleh bertanya pada isterinya, apakah ia sudah mencapai orgasme atau masih lama lagi? Seandainya masih lama. Maka suami bolehlah mengatur pergerakannya agar zakarnya tidak begitu terangsang yang mengakibatkan cepatnya keluar air mani. Jadi sifat terbuka suami-isteri sangat diperlukan untuk membantu keberhasilan keduanya untuk mencapai orgasme yang ideal.

Perkara yang patut diperhatikan oleh suami sewaktu melakukan persetubuhan ialah jangan lekas-lekas mencabut zakarnya setelah ejakulasi. Perbuatan seperti ini sering diabaikan oleh suami-suami yang kurang mengerti seni dan erti persetubuhan dalam perkahwinan. 

Persetubuhan dalam perkahwinan itu dimaksudkan untuk mendapat kepuasan antara suami dan isteri. Berbeza pula dengan persetubuhan luar nikah atau dalam pelacuran. Di dalam persetubuhan jenis ini salah satu pihak menghendaki kepuasan seksual sedang di lain pihak menghendaki bayaran. Jadi wanita pelacur didalam melakukan persetubuhan sudah merasa puas walaupun belum mencapai orgasme asalkan dirinya telah diberi wang sebagai imbalannya. Sedangkan persetubuhan yang dilakukan berlandaskan atas dasar cinta-mencintai keduanya menghendaki objektif yang sama iaitu kepuasan yang saksama.

Seorang suami yang bijaksana yang mengerti hal ini ternyata dalam persetubuhannya dengan isterinya jika lebih dahulu cepat keluar air mani, maka dia boleh menangguhkan zakarnya agak lama di dalam liang faraj. Hal ini dimaksudkan agar pihak isteri mempunyai waktu untuk menaikkan suhu berahinya hingga mencapai orgasme.

Cara seperti ini memungkinkan batang zakar walaupun telah ejakulasi akan tetapi ia tetap berereksi sampai beberapa lama. Pada kesempatan ini harus dimanfaatkan oleh suami untuk merangsang isterinya hingga mencapai orgasme.

Betapa bahagianya bila persetubuhan dimana kedua-duanya telah mencapai orgasme dan tidak diputus atau dihentikan seketika itu sahaja. Tapi usahakanlah suami tetap menahan batang zakarnya di dalam liang faraj hingga kendur dengan sendirinya. Dalam keadaan begitu keduanya boleh saling berpelukan dan berdakapan.

Pihak suami perlu mengetahui bahawa membiarkan zakar di dalam liang fajar sesudah ejakulasi bukan hanya menimbulkan rasa kasih sayang yang mendalam antara suami-isteri, malahan mengandungi faedah yang lebih besar dari segi kesihatan terutama bagi suami.

Perlu diingatkan bahawa bahawa setiap kali suami melakukan hubungan seks pasti ia akan keluar air mani. Mani itu adalah sari tubuhnya yang mulia yang terbentuk dari sari-sari makanan yang dimakannnya setiap hari. Jadi setiap kali ia bersetubuh, jadi berkuranglah zat hidup yang sangat berguna bagi kesihatan tubuhnya. Walaupun ganti boleh diperoleh dari dalam tubuhnya ada satu zat yang bersifat "Alkalin" yang boleh digantikan dengan membiarkan ia didalam liang faraj wanita. Mani wanita penuh berisi dengan zat ini. Para suami yang terdedah kepada pegetahuan ini tidak akan mahu mencabut batang zakarnya sehabis ereksi dari liang faraj isterinya. Mereka akan membiarkan saja batang zakarnya untuk beberapa lama sehinggga ia kendur dan keluar dengan sendirinya. Tindakan ini bagus dan bermanfaat untuk memelihara kondisi badan dan kesihatannya. Ini oleh kerana kulit zakar yang tipis itu akan mudah menyerap zat-zat yang sangat berharga dari badan isterinya, terutama zat alkali. Sehingga habis bersetubuh badannya bukan semakin mundur,        sebaliknya semakin sihat kerana kegiatan kerjanya meningkat dan yang lebih penting lagi wajahnya bertambah tampan jauh lebih muda kelihatan dari umurnya yang sebenarnya.

Selain itu Stopes ada menyatakan pendapatnya bahawa didalam zat-zat yang sama dihisap oleh tubuh kedua pihak dari sari-sari badan pasangan masing-masing, terdapat kuman-kuman hidup yang oleh Prof. Ernest Starling bernama hormon. Pada masa akhir-akhir ini telah diketahui bahawa hormon-hormon itu memiliki dan menjalankan pengaruh yang kuat dalam penentuan sifat dan corak perasaan-perasaan manusia serta tabiatnya. Kesempatan untuk saling bertukaran kuman hormon yang berlangsung dalam perbincangan di atas dianggap akan boleh mengumpulkan sudut-sudut runcing dari budi pekerti kedua suami-isteri. Sehingga jalan pemikiran dan gerak semangat mereka berdua menjadi serasi. Keserasian inilah yang membuat suami-isteri awet muda.

Begitulah persetubuhan yang sempurna, yang dapat mencapai kemuncak kenikmatan atau orgasme yang ideal serta memberi pengaruh yang baik di dalam jasmani dan rohani individu. Jasmaninya sihat, rohaninya sihat yang akhirnya membuahkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang di antara satu sama lain.

0 comments:

Post a Comment

© Endless CINTA, AllRightsReserved.

Edited by Blogger Mengiring